MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM....

BLOG UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KINTA UTARA TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BERIKUT:

http://www.upikintautara.com

Error: Embedded data could not be displayed.

Wednesday, September 9, 2009

Ke arah Pembentukan pelajar berperibadi muslim

Langkah-Langkah Ke arah Pembentukan pelajar berperibadi muslim


1. Zikrullah

    Pelajar hendaklah sentiasa mengingati Allah S.W.T bagi menghidupkan hati dan membuang segala sifat tercela. Hati akan menjadi :
  • lembut
  • mudah menerima pelajaran dan pengajaran
  • mudah menerima nasihat dan teguran guru, ibubapa atau sesiapa jua.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :
          " Setiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati itu ialah zikrullah."

2. Bergantung hati kepada Al-Quran

    Pelajar hendaklah menjadikan al-Quran sebagai teman rapat yang sentiasa berhubung hati menerusi pembacaan, mentadabbur ayat-ayat al-Quran dengan memahami maknanya kerana al-Quran itu tali Allah yang kukuh, cahaya yang terang dan penawar yang mujarab serta pengadil yang sentiasa membetulkan sebarang penyelewengan.

3. Muraqabatullah (Kawalan Allah)

    Pelajar hendaklah merasakan mereka sentiasa di bawah kawalan Allah S.W.T. Memelihara diri daripada fitnah dan sentiasa memastikan hati mendapat petunjuk daripada Allah dan bukannya dituntun oleh hawa nafsu.

Oleh itu pelajar hendaklah memastikan tiga perkara utama seperti :
  • Perkara yang jelas kebaikan hendaklah diikuti
  • Perkara yang jelas keburukan hendaklah dijauhi
  • Perkara yang syubhah atau kesamaran halal atau haram hendaklah berhati-hati.
4. Jihad Melawan hawa nafsu

     Para pelajar sudah pasti merasai sesuatu pergolakan dalam jiwa mereka. Dua unsur antara baik dan buruk, perintah dan larangan sentiasa saling bertentangan antara satu sama lain. Justeru jihad dan taqwa adalah senjata yang paling ampuh untuk melawan hawa nafsu.

     Alam remaja pelajar adalah alam yang mencabar. Sekiranya tidak bersungguh-sungguh melawannya pelajar akan tewas dan hanyut dibawa masa yang akhirnya akan lalai dan leka.


5 . Tanamkan rasa kebencian terhadap mungkar dan kasih kepada kebaikan.

     Adanya rasa benci di dalam hati terhadap sebarang unsur maksiat dan mungkar akan mengawal pelajar daripada terjerumus ke lembah hina. Lembah-lembah hina ini mempunyai daya tarikan yang kuat dan kental, jika pelajar tidak kuat iman akan terjatuh kelembah hina itu. Oleh itu kenali lembah itu menerusi hati yang bertaqwa. Ianya akan menghasilkan rasa benci dan jijik kepada segala bentuk kemungkaran tersebut.

                                                                                                               - hj. wan : waswar @lycos.com

DOA MAJLIS RASMI SEKOLAH

Download kilik disini

Tahun 2011,semua guru pendidikan islam diwajibkan menjadi ahli pekdis.