MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM....

BLOG UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KINTA UTARA TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BERIKUT:

http://www.upikintautara.com

Error: Embedded data could not be displayed.

Tuesday, November 2, 2010

SLIP PENCAPAIAN j-QAF TAHUN 6 2010

Slip pencapaian j-QAF Tahun 6 boleh dimuat turun mulai hari ini.

1.MUAT TURUN (EXCEL 2007)
2.MUAT TURUN (EXCEL 2003)
3.MUAT TURUN DATA KOSONG (EXCEL 2007) 

Sekian untuk tindakan.

Tuesday, October 26, 2010

DOWNLOAD: ESEKOLAH V10.7 PENAMBAHBAIKAN



ESEKOLAH V10.7
Terbaru!
ATAU
ESEKOLAH V10.7
Terbaru!

ASSALAMUALAIKUM.

* BAGAIMANA NAK UPGRADE KE VERSION TERBARU

TERBAIK

1. Dengan version lama yang anda gunakan di menu utama, klik butang Eksport > Pilih butang EKPORT.
2. Buka version yang terbaru dan klik butang IMPORT di menu utama > pilih butang UPDATE.

• Kebaikan ialah ia akan import semua data dengan satu klik sahaja. Ini adalah cara terbaik



Read more: http://e-laporan.blogspot.com/2010/10/esekolah-v107-penambaikan.html#ixzz13SldF0NR

Friday, October 15, 2010

BAHAN PENGURUSAN SM 15 OKTOBER 2010

Bahan Pengurusan SM boleh dimuat turun mulai 15 Oktober 2010. MUAT TURUN

 Sekian untuk tindakan dan makluman.

Thursday, October 14, 2010

BAHAN KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR )

1.KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1 & KBSR TAHUN 4. MUAT TURUN 
2.KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1. MUAT TURUN

Guru-guru yang terlibat di dalam Kursus KSSR di minta muat turun bahan-bahan tersebut dan dicetak sebelum hadir ke kursus. Peserta di minta membawa bersama Buku Teks Pend.Islam KSSR dan Komputer Riba beserta wayar penyambung.

KSSR Pendidikan Islam
TARIKH : 20 OKTOBER 2010
TEMPAT : DEWAN BESAR PPD KINTA UTARA
PESERTA : SEORANG GURU GPA 
(Surat mula diedar pada hari ini 14 Oktober 2010)

Wednesday, October 6, 2010

MODUL KEM LITERASI AL-QURAN INOVASI (0KTOBER 2010)

Pihak sekolah boleh muat turun Modul Kem Literasi Al-Quran Inovasi untuk digunakan semasa pelaksanaan Kem Literasi Peringkat Sekolah Fasa II. MUAT TURUN.

Sekian terima kasih

Monday, October 4, 2010

BAHAN PENGURUSAN PANITIA SEK.RENDAH OKTOBER 2010

Bahan Pengurusan Panitia Sekolah Rendah MUAT TURUN DI SINI

Sekian untuk tindakan dan makluman

Wednesday, August 18, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN

TAZKIRAH RAMADHAN TAHUN 1431 /2010


Ramadhan bulan Penuh Berkat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bersua kembali dalam ruangan tazkirah, Didoakan semuga semuanya beroleh kesejahteraan serta mendapat keberkatan umur di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Marilah kita semua mengucapkan Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan”. Selamat datang wahai Ramadhan, bulan yang penuh dengan kerahmatan, keampunan dan keberkatan. Sempena kedatangan Ramadhan ini, gunakanlah peluang keemasan ini dengan menjadikan keseluruhan kehidupan kita sebagai ibadah kerana ganjaran pahala sangat besar. Kita jadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas.

Kita sewajarnya menghayati semangat Ramadhan dalam kehidupan harian. Ibadah puasa boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:

1- Puasa Umum

Puasa umum merujuk kepada pengertian yang diberikan oleh ahli fiqh ialah menahan diri daripada perkara perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehinggalah terbenam matahari dengan syarat tertentu beserta niat.

Ciri umum orang yang mencapai peringkat ini ; puasanya hanyalah setakat mengawal nafsu daripada tuntutan perut dan syahwat seks sahaja.

2- Puasa Khusus

Ciri umum orang yang mencapai peringkat ini orang yang dengan memenuhi kriteria di atas, ditambah pula dengan pemeliharaan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan anggota lain daripada melakukan dosa.

3- Puasa Khususul Khusus

Ciri umum orang yang mencapai peringkat ini ialah orang yang memenuhi semua kriteria di atas dan hatinya berpuasa daripada kejahatan batin dan pemikiran keduniaan. Ia hanya berdamping dengan Allah dan berpaling dari yang lain. Semangat berpuasa perlu diterjemahkan dalam kehidupan harian. Sepanjang hayat, muslim perlu menahan diri dari melanggar batasan Allah seperti memakan, meminum, memakai atau menggunakan perkara yang haram dan syubhat. Memelihara anggota yang tujuh daripada larangan Allah. Bahkan menjaga hati dari sifat-sifat keji.

Orang yang tidak menghayati ibadah puasanya, tidak akan mencapai objektif ketakwaan. Bahkan amalannya adalah sia-sia. Imam Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis bermaksud :

“Ramailah orang yang berpuasa, habuan yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga sahaja

TIPS MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN

1- Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan keriangan serta sentiasa mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan lebih baik dan diterima oleh Allah.

2- Mengulangkaji semula semua Ilmu berkaitan dengan puasa agar kita lebih bersedia dan dapat melakukan ibadah ini dengan lebih sempurna.

3- Memperbanyakkan doa kepada Allah agar kita dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah dengan penuh ikhlas, jujur dan tawadduk

4- Menguatkan azam , semangat dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadah puasa sesempurna
     Mungkin.

5- Meningkatkan kesungguhan beramal secara berterusan supaya puasa tidak cacat dan rosak.

6- Menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam seperti pembaziran dalam membeli      makanan, pakaian, perabot dan lain-lain.

KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DALAM BULAN RAMADHAN

1- Bulan yang dipanggil pelbagai nama ; Syahrul Ibadah,Syahrul Quran, Syahrul Mubarak, Syahrul

Tarbiah dll.

2- Di syariatkan ibadah puasa, bulan yang penuh dengan keberkatan.

3- Bulan diturunkan Al-Quran.

4- Pintu syurga dibuka luas bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah Allah.

5- Pintu rahmat (belas kasihan Allah) terbuka luas agar menaungi hamba-hamba –Nya yang tekun beribadah dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

6- Pintu langit dibuka dengan seluas-luasnya, Allah telah menurunkan limpahan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya.

7- Pintu-pintu neraka tertutup rapat. Ini menunjukkan bahawa pada bulan Ramadhan yang mulia ini hamba-hamba Allah yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-Nya.

8- Syaitan dan jin dirantai dari mengganggu dan menghasut orang yang beriman.

9- Terdapat Lailatul Qadar iaitu satu malam yang mana beribadah pada malam tersebut akan dianugerahkan pahala seperti beribadah selama seribu bulan.

10- Anugerah masuk syurga melalui pintu Ar-Rayyan.

11- Mendapat hikmah ibadah puasa.

AMALAN UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN:

1- TILAWAH AL-QURAN

- Membaca sendirian atau tadarrus.

- Tadarrus – membaca beramai-ramai secara bergilir-gilir, menyemak dan membetulkan bacaan.

- Memahami makna bersama.



2- SOLAT TARAWIH

- Dua rakaat satu salam

- Boleh ditunaikan 8 atau 20 rakaat

3- SEDEQAH

-Keluarkan harta dan sedekah kepada orang yang memerlukannya (orang miskin, anak yatim dan orang kurang upaya)

- Ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk.



4- QIAMULLAIL

-Ibadah sunnah yang dilakukan pada malam hari selepas Isyak.

-Merangkumi solat tarawih, membaca Al-Quran dan solat tahajjud.

-Amat digalakkan Islam, terutama sepuluh malam terakhir Ramadhan.



5- BERIKTIKAF DIMASJID

-Berada di dalam masjid dengan niat ibadah dalam keadaan suci daripada hadas.

-Boleh dilakukan berbagai ibadah(solat,zikir,membaca Al-Quran)



Akhirkata, pihak UPIPPDKU mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga pendidik di daerah Kinta Utara. Jumpa lagi.

Wallahu a’lam.                                                                                                       waswar@lycos.com

Thursday, August 12, 2010

NAMA PENCERAMAH AKTIVITI P.ISLAM DAN DAKWAH

SENARAI NAMA PENCERAMAH AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM DAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2010

1-   PEGAWAI SPI, JPN DAN UPI, PPDKU :

1.   Tn.Hj.Muhammad b.Yahya [Pen.Pgrh Pengurusan Dakwah, SPI, JPN 012-5211190 /05-2414000]
2.   Tn.Hj.Zahidan b.Abdul Wahab [Pen. Pgrh Pgrsn Kepimpinan, SPI, JPN 012-5193480 05-2414000]
3.   Tn. Hj. Ahmad Fadzil b. Mohamed @Dasuki [Pen.Pgrh Pbgn Syiar Islam &; Budaya, SPI, JPN
      019-5555352 05-2414000]
4.   Ustaz Saifuddin b. Asri [Pen.Pgrh Penyelarasan Bantuan Sekolah Agama, SPI,JPN 019-5755900 ]
5.   Tn. Hj. Ahmad b. Abdullah [Penyelia Pengurusan SAR KAFA, SPI, JPN 019-5684890 05-2414000]
6.   Tn. Hj. Abdul Kahar b. Awang Karim [Pen. Pgrh Bahasa Arab, SPI, JPN 019-2648722 05-2414000]
7.   Ustaz Rusmizi b. Yusof [Pen. Pgrh Pengurusan GPA (Mngh), SPI, JPN 019-5441075 05-2414000]
8.   Ustaz Mohd Shah b. Ramli [Penyelia Pgrsn GPA (Rendah), SPI, JPN 013-5211250 05-2414000]
9.   Tn. Hj. Abdul Aziz b. Mat Jais [Pen. PPD (Menengah) PPD Kinta Utara 013-5017687 05-2545205]
10. Tn.Hj.Wan Ahmad Salahuddin b.Wan Ah.Rafaii [Pen.PPD(P.Islam) PPDKU 019-5560462/2547472
11. Pn. Hjh.Wan Maziyah bt.Wan Salleh [Penyelia Pendidikan Islam, PPDKU 019-5144188 05-2547472
12. Ustaz Mohd Faisal b. Mohd Yusof [Pegawai Khas P. Islam , PPDKU 019-5732167 05-2547472

2-  GURU PENDIDIKAN ISLAM SR DAN SM

13. Shamsul Jamil b. Shaharum [SMK Pinji, Ipoh 019-3832467 05-3221523]
14. Hj. Husaini b. Abdul Rahman [SMK Simpang Pulai, Kg. Kepayang 019-4404615 05-3575627]
15. Hj. Zakaria b. Omar SMK [Simpang Pulai, Kg. Kepayang 019-3386242 05-3575627]
16. Ahmad Amran b. Mohd Rodi [SMK Anderson, Ipoh 013-4418007 05-2494900]
17. Sauri b. Abdul Manaf [SMK Anderson, Ipoh 019-9897005 05-2494900]
18. Hj. Abdul Aziz b. Musa [SABK Ma’ahad Al-Ummah, Chemor 019-5557874 05-2012727]
19. Khairul Amri b. Abdul Rahman [SABK Ma’ahad Al-Ummah, Chemor 019-5588594 05-2012727]
20. Nik Abdul Malik b. Nik Hussein [SMK Raja Chulan, Ipoh 019-5750792 05-5457082]
21. Abdul Halim b. Abdul Samad [SMK Bercham, Ipoh 013-5906625 05-5461962]
22. Ahmad Tanusi b. Sa’aban [Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh 019-4486334 05-5457733]
23. Asril Hafiz b. Hashim [Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh 013- 4898289 05-5457733]
24. Mohamad Saufi b. Ismail [SMK Tambun, Ipoh 012-5058970 05-5424841]
25  Nik Mohamad Sufian b. Nik Awang [SMK Jati 019-9455540 05-5265082]
26. Hj. Mohd Nazri b. Mohd Padzil SMK Lahat 012-5139713 05-3228995]
27. Mohamad Za’aim b. Abdul Samad [SMK Dr. Megat Khas, Ipoh 019-5084378 05-5276485]
28. Mohamad Azmi b. Ghazali [SMK Menglembu, Menglembu 012-4341114 05-2812559]
29. Nor Hamizah bt. Hamidun [SMK Ulu Kinta, Ulu Kinta 019-5747922 05-5331363]
30. Mohd Yazid b. Hj. Buhimin [SK Rapat Setia, Ipoh 013-4161667 05-3135443]
31. Shyfa Azlina bt. Ismail [SK Tasek Damai, Ipoh 012-6178925 05-2931151]
32. Abdul Hamid b. Harjin [SK Tasek Damai, Ipoh 019-4225362 05-2931151]
33. Fairuz Hafizdh b. Othman [SK Rapat Jaya, Ipoh 019-5749854 05-3115996]
34. Nor Dashriman b. Noor Kaman [SK Jati, Ipoh 013-2552070 05-5286863]
35. Syed Mohd Bakri b. Syed Ishak [SK Dato’ Ahmad Said Tambahan, Ipoh 016-5463052 05-5268889]
36. Ahmad Afendi b. Alias [SK Seri Kepayang, Ipoh 012-5615653 05-5450905]
37. Abdullah b. Omar [SK Seri Tanjong, Ipoh 019-5582595 019-5715633]
38. Muntaha Kamil b. Halid [SK Manjoi 2, Ipoh 012-5595208 05-5265441]
39. Arzuang b. Mamat [SK Pengkalan, Lahat 012-5122516 05-3226860]
40. Mohd Hamami b. Sardi [SK St. Michael 1, Ipoh 019-4055465 05-2545508]
41. Mohd Khairuddin b. Awang Mat [SK Haji Mahmud, Chemor 019-5057010 05-2011534]
42. Hasnidar bt. Ghazali [SK Rapat Setia, Ipoh 019-5584996 05-3135443]
43. Mohd Najib b. Azizan [SK Sungai Raya, Kg. Kepayang 017-5744039 05-3571660]
44. Yusbaijuri b. Mohd Adam [SK Kg. Pasir Puteh, Ipoh 012-4163497 05-3219041]
45. Ridzwan b. Megat [SK Tasek, Ipoh 012-4171705 05-5464913]
46. Zulkifle b. Mohamad [SK Seri Ampang, Ipoh 019-5100703 05-3120663]
47. Mohd Zaki b. Che Deraman [SK Methodist T. Rambutan 017-9722185 05-5331727]
48. Zamree b. Mat Ali [SK St. Michael 2, Ipoh 012-4478432 05-2537525]
49. Badrul ‘Azam b. Borhan [SK Jelapang, Ipoh 019-5558879 05-5264778]
50. Mohamad Asri b. Tahiruddin [SK Perpaduan, Ulu Kinta 017-4954751 05-5333859]
51. Abdullah b. Manaf SK Sri Kinta [012-3655547 05-5462105]

*** Pihak sekolah bolehlah menghubungi dan berurusan terus dengan pegawai dan guru pendidikan Islam untuk penetapan tarikh, tempat dan sebagainya.
 

Friday, August 6, 2010

GAMBAR KEM KECEMERLANGAN JAWI 2010



Thursday, August 5, 2010

MUAT TURUN : JAUHAR MUFRADAT TAHUN 6

JAUHAR MUFRADAT TAHUN 6 MUAT TURUN

Wednesday, July 28, 2010

KEM JOM SOLAT SMK PEREMPUAN PERAK

Wednesday, June 30, 2010

DOWNLOAD ESEKOLAH V10.2(BARU)



PILIH SALAH SATU UNTUK DOWNLOAD : Terbaru!

FORMAT LAPORAN PENCAPAIAN j-QAF 2010 (e-laporan) UNTUK ESEKOLAH V10.2


ATAU

FORMAT LAPORAN PENCAPAIAN j-QAF 2010 (e-laporan) UNTUK ESEKOLAH V10.2


ASSALAMUALAIKUM.

* CIRI-CIRI VERSION TERBARU IALAH ESEKOLAH V10.2

1. Kebaikan ialah data boleh diupdate (upgrade) jika version sekolah terbaru secara keseluruhan (MAC, JUN, OGOS & OKTOBER) tanpa perlu menaip semula dengan butang khas (Eksport).

2. Membetulkan links salah JUMLAH KELAS iaitu Tahun Satu tidak dikira di dalam version ESEKOLAH V10.

3. Membetulkan sistem untuk pengguna EPPD & EJPN di bahagian Import dan pilihan Sekolah atau PPD terpilih. (Jika pengguna adalah PPD atau JPN)

4. Esekolah v10.2 digunakakan di Selangor untuk mengumpul Markah Pendidikan Islam sehingga ke JPN.

* Apa akan jadi jika menggunakan Esekolah v10 sahaja?

Bagi pengguna Sekolah (selain Selangor) jika hendak mengekalkan versioan Esekolah v10, tiada masalah dan boleh digunakan dengan selamat. Namun JUMLAH KELAS, Tahun satu tidak dikira.

* Kenapa version E-laporan diwujudkan (Contoh Esekolah v10.2)?

Pada tahun sebelum ini dalam Format e-laporan, jika diperhatikan apabila terdapat kesalahan link data. Selaku admin, tiada cara untuk mengubah version kecuali dengan mewujudkan version baru dan dikehendaki menaip data semula.

Namun tahun ini dalam sejarah, Alhamdulilah. Dengan www.e-laporan.blogspot.com, para pengguna boleh memaklumkan pandangan membina atau keralatan yang terdapat dalam sistem e-laporan kepada Admin.

Dengan kerja berpasukan, akan terhasillah version dengan kebaikan bersama ke arah pemantapan rumusan Format Laporan Pencapaian j-QAF 2010 untuk digunakan oleh semua pihak dengan keesahan. Disamping data tidak perlu ditaip kembali dengan cara mengupgradekan sahaja.

Dalam masa yang sama, para pengguna juga dianggap sebagai orang bertanggungjawab secara bersama untuk kejayaan Format Laporan Pencapaian j-QAF 2010. Ucapan terima kasih didahului di atas kerjasama dan keprihatinan semua pihak. Allah sahaja yang membalas.

Harapan semoga usaha ini dapat mempermudahkan urusan dan kepuasan semua pihak. Maaf zahir batin.


Admin / www.e-laporan.blogspot.com / msahrin76@yahoo.co.uk

Wednesday, June 23, 2010

TAZKIRAH @ RENUNGAN SEMPENA HARI GURU SIRI (2)

Baca, Renungkan, Muhasabah diri & Selamat beramal .........

TAJUK : PISANG DAN HATI….

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari... Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

               Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 'Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya' beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

              Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.' Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?' tanya Cikgu Maryam.

              Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk .'Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu' beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA:

• Jauhi perasaan hasad dengki, menjadi batu api, cucuk menyucuk kepada orang lain dan kawan sendiri, selalu mengadu-ngadu dan membuat fitnah atas perkara yang remeh dan kecil. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina dalam hidup.

• KAMU tidak akan bahagia dalam kehidupan. Dan jangan lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mendengar.Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu MahaMengetahui. InsyaAllah sumpahan KAMU dengan nama Allah akan mendapat balasan di dunia ini juga.. bukan  untuk di akhirat nanti…. kerana kamu mempermainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganiayai seseorang.. dan

INGATLAH SESUNGGUHNYA DOA ORANG TERANIAYA SELALU NYA DIMAKBULKAN…..


"Warnakan diri dengan keikhlasan..lukiskan diri dengan senyuman. Gambarkan wajah dengan kemuliaan. Lakarkan budi dihati dengan kesucian"

Dari As Syeikh Nasir bin Muhamad Asmarqandi dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin menyebut dalam bab wara’ bahawa tanda-tanda wara’nya seseorang manusia itu ada sepuluh iaitu;

1- Menjaga lidah dari ghibah.

2- Meninggalkan pekerjaan suka kepada buruk sangka.

3- Meninggalkan amalan suka menghina orang lain.

4- Sentiasa memejamkan mata dari melihat benda yang haram.

5- Sentiasa berkata benar.

6- Mengingati dan bersyukur di atas nikmat yang diterima.

7- Membelanjakan hartanya ke jalan yang benar.

8- Tidak mengharapkan kedudukan duniawi dan tidak sombong.

9- Menjaga solat lima waktu dengan penuh kesempurnaan.

10- Mengikut sunnah dan menyertai jamaah.

             Dipohon kemaafan kerana lewat menyiarkan tazkirah @ renungan hari guru siri 2. Semuga apa yang dipaparkan dapat dijadikan panduan untuk meneruskan perjuangan memberikan pendidikan dengan keikhlasan dan sepenuh hati terhadap anak didik kita. Ingat hari ini kita mendidik dan memberi ilmu kepada mereka. Satu hari nanti mungkin mereka pula yang berdiri dihadapan untuk memberi ilmu dan pendidikan kepada kita. Tuan dan puan boleh memberi  respon, komen dan pandangan untuk penambahbaikan dimasa akan datang. Sampai jumpa lagi. Wallahua’lam.



waswar@lycos.com [23 Jun 2010]

Tuesday, June 22, 2010

PANDUAN MENGISI & PERUBAHAN DALAM E-LAPORAN VERSI 10(UTK TAHUN 1 – 5)

PERUBAHAN DALAM E-LAPORAN VERSI 10(UTK TAHUN 1 – 5)

1.Bahagian Khatam Al-Quran TAHUN (2 – 5):

  •  IQRA’(LITERASI) : Perubahan/peningkatan murid dari awal tahun hingga bulan jun.
           Cth : Iqra’ 1/Iqra’ 2 bermaksud murid tersebut membaca Iqra’ 1 di awal tahun dan pada bulan jun  murid tersebut membaca Iqra’ 2.

  • AYAT TERTINGGI: Mengikut bilangan muka surat tidak lagi mengikut ayat tertinggi.
          MARKAH BACAAN: Iqra’ 1-3 ====>markah =   1-10
                                               Iqra’ 4-6 ====>markah =  11-19
                                              Al-Quran ====>markah = 20 ke atas

2. Bahagian Bahasa Arab Tahun 2: markah setiap bulan per 40 bukan lagi per 35
3. Bahasa Arab Tahun 3

  • Isi markah ujian yang di buat dua kali iaitu Mac ( 50 markah )dan Mei ( 50 markah ).

4. Bahagian Solat Tambahan(tahun 4-6 sahaja).
  • Bahagian ini adalah tambahan kepada solat yang ada mengikut sukatan Kem bestari solat Tahun 4-6
 utk kutipan jun sek boleh menandakan semuanya “MS” sekiranya kutipan data utk solat tambahan  tidak dibuat tetapi haruslah bersedia untuk bulan okt. Data utk solat tambahan bulan jun tidak akan diambil kira.

5. butang eksport dalam ‘MENU” tidak lagi dalam “UTAMA”.utk eksport boleh namakan fail apa-apa nama dan boleh disimpan dimana-mana drive.(tidak boleh eksport selagi ada maklumat yang tidak lengkap)
utk office 2007 apabila eksport, tulis nama fail dan pilih jenis fail iaitu “EXCEL 97-2003 WORKBOOK” walaupun telah disetting sebelumnya.


  • ambil perhatian:
sila pastikan betul :jantina
kod agama: kod 2 dan 3 (sila maklumkan dan pastikan jika ada)

Wednesday, June 16, 2010

MUAT TURUN FORMAT LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM J-QAF (E-LAPORAN) TAHUN 2010

Format Laporan Pencapaian Program j-Qaf ( e-Laporan ) boleh dimuat turun di laman web http://www.moe.gov.my/bpk/ ( Klik Menu Download SP & HSP ) atau melalui linkdi sini
Format Laporan Pencapaian Program j-Qaf Tahun 2010 



Sekian untuk makluman dan tindakan pihak sekolah

Monday, May 31, 2010

PERTUBUHAN KEGIATAN DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PEKDIS) CAWANGAN PERAK

Maklumat Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Perak boleh dimuat turun mulai hari ini. MUAT TURUN

Thursday, May 27, 2010

MUKHAYYAM KECEMERLANGAN BAHASA ARAB

GAMBAR MUKHAYYAM KECEMERLANGAN BAHASA ARAB
 



MAJLIS PERASMIAN


Thursday, May 13, 2010

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM 2010

Bahan-bahan untuk program kecemerlangan pendidikan Islam 2010 bagi sekolah menengah boleh dimuat turun mulai 13 Mei 2010. MUAT TURUN

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan-tuan

Monday, May 10, 2010

RENUNGAN SEMPENA HARI GURU SIRI 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA,

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Sempena hari guru yang akan disambut pada 16 Mei 2010 ini saya ingin berkongsi sedikit bahan renungan sebagai panduan kita bersama.

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?” Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!” Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja,

sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.

Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.

Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.” “Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” “Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan

kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.

Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.

Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar. “Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?” “Bekerjalah dengan gigih.

Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…” “Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!” “Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Wallahu’alam….. sekadar ingin berkongsi dengan semua warga pendidikan yang diadaptasi daripada sahabat dari Pulau Mutiara. Sebarlah kepada sesiapa yang ingin kita kongsikan renungan ini.

Hj. Wan -upippdku [10/5/2010]

Thursday, May 6, 2010

BUKU PANDUAN MODEL P & P J-QAF TAHUN 6

Assalamualaikum wbt
  1. Buku panduan ini boleh di muatturun di website BPK.
  2. Sukatan Kem Bestari Solat untuk murid tahun 6 boleh dirujuk di dalam buku ini.
  3. KPM tidak lagi mencetak buku berkenaan untuk edaran ke sekolah.
  4. Buku Panduan untuk Tahun 1-5 juga boleh didapati dipautan yang sama. 
      Sekian untuk makluman pihak sekolah

    Wednesday, May 5, 2010

    MODUL LATIH TUBI BAHASA ARAB TAHUN 5 DAN 6

    1. Modul Latih Tubi Bahasa Arab Tahun 5    MUAT TURUN
    2.Modul Latih Tubi Bahasa Arab Tahun 6  MUAT TURUN

    Sekian untuk tindakan dan makluman.

    Buku Panduan Ujian Jawi Tahun 6

    Assalamualaikum wrt. Buku panduan ujian jawi tahun 6 boleh di muat turun mulai hari ini (5 Mei 2010 )
    MUAT TURUN  atau boleh dimuat turun di SPI Perak

    Sekian harap maklum untuk tindakan

    Wednesday, April 21, 2010

    SOALAN PKSR BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH SETENGAH TAHUN 2010

    1.Soalan PKSR Bahasa Arab Sekolah Rendah Setengah Tahun boleh dimuat turun mulai 21 April 2010.
    2.Sila rujuk : KP (BPK)1800-5/3 (39) bertarikh 23 Februari 2010 untuk mendapatkan kata laluan.
    3.PKSR Bahasa Arab Tahun 4 Setengah Tahun
    4.PKSR Bahasa Arab Tahun 5 Setengah Tahun

    Sekiranya ada masalah untuk muat turun, soalan ini boleh di muat turun di http//www.moe.gov.my/bppk (pilih menu download SP & HSP).Sekian harap maklum.

    Maklumat Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah ( April 2010 )

    Arahan untuk Ketua Panitia Pendidikan Islam.

    1.Sila muat turun maklumat panitia pendidikan Islam dan baca arahan yang terdapat di dalam zip file.
       MUAT TURUN

    Terima kasih kerana memberikan kerjasama dengan PPD Kinta Utara.

    Tuesday, April 20, 2010

    PEMBENTANGAN BERFOKUS J-QAF 2010 DAERAH KINTA UTARA

    Sila muat turun bahan-bahan untuk pembentangan berfokus j-Qaf  2010.

    1.Slaid untuk pembentangan hendaklah mengikut bahan yang telah ditetapkan oleh Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.

    MUAT TURUN

     Sekian terima kasih.

    MAKLUMAT PENGURUSAN PANITIA SR (APRIL 2010)

    Sila muat turun maklumat Pengurusan Panitia Pendidikan Islam SR berpandukan mesyuarat pada 6 April 2010 di SK Seri Mutiara MUAT TURUN

    Sekian terima kasih.

    Monday, March 8, 2010

    PEMANTAUAN J-QAF 2010

    Sekolah-sekolah yang belum mempunyai dokumen berkaitan pemantauan boleh dimuat turun di sini.

    1.Instrumen Pemantauan Berfokus j-Qaf 2010.MUAT TURUN
    2.Borang Aktiviti Kecemerlangan j-Qaf 2010 MUAT TURUN
    3.Borang Laporan Pelaksanaan KBS 2009 MUAT TURUN

    Sekolah yang belum lengkap harap ambil tindakan segera.Sebarang masalah hubungi Pegawai Khas Pendidikan Islam.Tarikh akhir adalah 17 Februari 2010.Sekolah-sekolah yang telah menghantar bahan-bahan di atas sila abaikan.

    Sekian terima kasih.

    Tuesday, March 2, 2010

    SALAM MAULIDUR RASUL

    RASULULLAH S.A.W DIKASIHI SUNNAH DIIKUTI


    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah mengizinkan kita bertemu sekali lagi melalui ruangan “TAZKIRAH” ini. Semuga semuanya berada dalam pemeliharaan Allah Ta'ala dan dirahmati-Nya.

    Rasanya masih belum terlambat untuk kita membicarakan berkaitan dengan Maulidur Rasul. Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Setiap tahun pada tarikh ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah, forum dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

    Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Antara perkara yang patut kita renungi dan ikuti diantaranya seperti :

    - Sentiasa mengenang segala, jasa, pengorbanan dan perjuangan baginda bagi
    menunjukkan rasa kasih kepada baginda.

    - Perbanyakkan selawat kepada baginda s.a.w

    - Contohi akhlak dan sifat-sifat mulia Rasulullah s.a.w dan mpraktikkannya
    dalam kehidupan seharian.

    - Pergaulan yang baik dengan seluruh masyarakat hendaklah diamalkan untuk
    kecemerlangan umat dan agama Islam.

    Kelahiran Rasulullah s.a.w adalah pembawa rahmat ke seluruh alam. Umat Islam sewajarnya mengambil pengajaran dan contoh teladan sepanjang riwayat hidup baginda. Baginda patut dicontohi oleh umat Islam dalam semua aspek kehidupan manusia. Rasulullah s.a.w boleh dicontohi sebagai seorang pemimpin, guru, sahabat, suami, bapa dan sebagai seorang individu muslim yang sempurna.

    Memandangkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan baginda , maka sewajarnya kita menyayangi baginda dengan sepenuh hati. Menyayangi Rasulullah s.a.w bukan sahaja memadai dengan pengakuan dalam hati tetapi hendaklah melalui selawat kepada baginda. Disamping itu kita hendaklah meneladani akhlak-akhlak baginda yang terpuji dan mulia dalam kehidupan seharian.

    Mereka yang mengasihi Rasulullah s.a.w mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya termasuklah :

    1. mendapat syafaat daripada baginda pada hari akhirat yang mana syafaat
    ini hanya dianugerahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk umatnya
    sahaja;

    2. hidup akan diberkati oleh Allah Ta’ala;

    3. seseorang itu akan dikasihi dan disayangi oleh Allah Ta’ala;

    4. mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala kerana mengamalkan hadis-hadis
    baginda

    Benarkah kita mengasihi Rasulullah s.a.w? Dalam konteks hidup bermasyarakat sudahkah kita :

    1. mengamalkan ucapan salam apabila bertemu

    2. menasihati dengan jujur apabila diminta

    3. mengambil berat menziarahi saudara kita yang sakit

    4. telah mengasihi dan menyayangi kedua ibu bapa kita

    5. bersaudara dengan berkasih sayang kerana Allah Ta'ala

    6. berbaik sangka sesama muslim

    7. menjadi seorang muslim yang menyembunyikan sumbangannya sehingga tidak
    diketahui orang

    8. membuat sesuatu untuk mencari keredhaan Allah bukannya keredhaan
    manusia, dan banyak lagi kalau nak diperkatakan diruang yang agak
    terhad ini.

    Akhir kalam, marilah kita sanjungi Rasulullah s.a.w dengan ikhlas dan benar. Marilah kita renungi jerih payah perjuangan baginda dalam menyampaikan risalah, setiap pagi, petang, siang dan malam. Tidak ada cara yang lebih bererti dari mengamalkan setiap amanat dan sunnahnya selama hayat dikandong badan. Semuga Allah Ta'ala melimpahi kita sekelian dengan rahmat-Nya. Sebelum mengundurkan diri, saya berharap semua warga pendidik dapatlah memberi sokongan dan kerjasama agar program Maulidur Rasul dapat dijayakan di sekolah-sekolah, seterusnya berjaya menampakkan hasil kejayaan dalam memartabatkan agama Islam di muka bumi Allah Ta'ala yang tercinta ini. Jumpa lagi

    hj.wan

    Wednesday, February 24, 2010

    J-QAF ONLINE ( TERKINI PADA 23 FEBRUARI 2010 )

    Guru-guru yang dihormati,
    Pihak Jabatan amat memerlukan kerjasama tuan/puan bagi mengemaskini beberapa maklumat secara ONLINE. Anda perlu MENDAFTAR sebagai ahli untuk melihat pautan berkenaan.( www.spiperak.bpi.edu.my.)
    1. Pemantauan 2010
    2. Laporan Aktiviti j-QAF 2009 (Laporan kewangan KBS & Lain-lain aktiviti kecemerlangan)
    3. Rancangan Aktiviti Kecemerlangan j-QAF 2010 (Dalam pautan Pemantuan 2010)
    Sila rujuk ruang "Aplikasi Dalam Talian" (DI SEBELAH KANAN) .
    Terima kasih atas kesediaan anda menyumbang ke arah kecemerlangan j-QAF

    "j-QAF DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

    Monday, February 22, 2010

    INSTRUMEN DAKWAH & PANITIA PEND.ISLAM SEKOLAH MENENGAH

    Bahan Instrumen Dakwah & Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah boleh di muat turun di sini.Bahan ini juga boleh juga dimuat turun di http://www.spiperak.bpi.edu.my

    Tuesday, February 16, 2010

    MUAT TURUN BAHAN TERBARU J-QAF

    1.PKSR Bahasa Arab Tahun 3 & 6 di sini.
    2.Surat Siaran Pelaksanaan j-Qaf Bil 5 2010 di sini
    3.Surat Siaran Pelaksanaan j-Qaf Bil 6 2010 di sini
    4.Kertas Kerja Kem Khatam Al-Quran di sini
    5.Lembaran Inovasi Iqra' ( murid yg berjaya boleh terus ke Iqra 4 ) di sini

    Thursday, January 28, 2010

    Kekurangan Guru j-Qaf,Cabaran dan Penyelesaiannya....

    Assalamualaikum wrt wbt.

    1. Keperluan guru 2010
    Makluman untuk semua, bagi tahun 2010 dimaklumkan pengambilan guru j-QAF akan dibuat pada bulan Jun akan datang tidak pada Januari seperti tahun sebelumnya. Beberapa buah sekolah mengalami kekurangan guru yang agak kritikal.

    Cadangan bagi mengatasi masalah.

    Bagi sekolah yang menghadapi masalah ini dicadangkan seperti berikut :
    Jadual waktu Tahap 2, P&P secara kolaboratif (pairing) tidak berlaku bagi bahagian ulum syariah dan Jawi. Bermakna hanya seorang GPI sahaja terlibat. Sekiranya masih tidak dapat mengatasi masalah bebanan waktu mengajar cara tersebut boleh diaplikasikan pada tahap 1.
    Saya dimaklumkan terdapat sekolah (j-QAF sampai Tahap 2/ Tahun 6) yang kekurangan guru j-QAF opsyen Bahasa Arab. Guru j-QAF opsyen PI diharapkan dapat membantu mengajar matapelajaran BA kerana opsyen keduanya adalah Bahasa Arab. Untuk makluman guru opsyen Bahasa Arab juga perlu terlibat dengan program j-QAF lain seperti al-Quran, Tasmik, Bestari Solat dan lain-lain.
    Saya harap semua guru dapat bekerjasama sewajarnya bagi menjayakan objektif program ini.


    2. Pemantauan pelaksanaan j-QAF awal tahun 2010
    Diharapkan semua sekolah pelaksanaan j-QAF dapat mengemaskini semua rekod dan sistem fail sama ada Panitia Pendidikan Islam atau perkara yang berkaitan dengan j-QAF. Fokus pemantauan pada kali ini ialah sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 dan 2009. Harap dapat bersedia awal seperti jadual waktu tasmik, perancangan/takwim kem Bestari Solat, KLaQ dan semua rekod.

    3. Program kecemerlangan/ aktiviti 2010
    Sebagai tindakan awal untuk kecemerlangan j-QAF, Kem Literasi al-Quran (KLaQ) perlu di rancang dan dilaksanakan antara Januari dan Februari ini bagi murid-murid yang masih Iqrak 1-3 khususnya tahap 2. Bagi murid tahun 6 juga perlu ada perancangan untuk memastikan murid akan khatam sebelum Jun 2010.

    Diharapkan semoga slogan "j-QAF Tanpa Gagal" menjadi kenyataan dan ia menjadi azam kita bersama.

    Ilal Liqa' Wassalam
    ..dipetik dari Pegawai Khas Pend.Islam Manjung

    KERTAS MAKLUMAN MTQSS TAHUN 2010

    Bahan-bahan MTQSS tahun 2010 dan Isi Bercerita Kisah Al-Quran boleh dimuat turun di sini.

    Monday, January 25, 2010

    INSTRUMEN PEMANTAUAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH 2010 & SURAT PEKELILING IKHTISAS

    Instrumen Pemantauan Pendidikan Islam Sekolah Rendah 2010 dan Pekeliling Ikhtisas.Muat turun Di sini

    MAKLUMAT TERKINI j-Qaf

    1.Makluman Pertukaran Guru j-Qaf 2010 lihat pekeliling terbaru
    2.Peruntukan Dakwah 2010 lihat pekeliling terbaru
    3.Kebenaran Peruntukan Kem Bestari Solat 2009 di bawa ke tahun 2010

    Wednesday, January 20, 2010

    HEADCOUNT TOV TARGET TINGKATAN TIGA KAA 2010

    Sila muat turun untuk headcount tov target TINGKATAN TIGA KAA 2010 dan emailkan kepada maziyah_wan@yahoo.com

    muat turun disini HEADCOUNT TOV TARGET  TINGKATAN TIGA KAA 2010

    Tahun 2011,semua guru pendidikan islam diwajibkan menjadi ahli pekdis.