MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM....

BLOG UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KINTA UTARA TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BERIKUT:

http://www.upikintautara.com

Error: Embedded data could not be displayed.
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN

TAZKIRAH RAMADHAN TAHUN 1431 /2010


Ramadhan bulan Penuh Berkat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bersua kembali dalam ruangan tazkirah, Didoakan semuga semuanya beroleh kesejahteraan serta mendapat keberkatan umur di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Marilah kita semua mengucapkan Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan”. Selamat datang wahai Ramadhan, bulan yang penuh dengan kerahmatan, keampunan dan keberkatan. Sempena kedatangan Ramadhan ini, gunakanlah peluang keemasan ini dengan menjadikan keseluruhan kehidupan kita sebagai ibadah kerana ganjaran pahala sangat besar. Kita jadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas.

Kita sewajarnya menghayati semangat Ramadhan dalam kehidupan harian. Ibadah puasa boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:

1- Puasa Umum

Puasa umum merujuk kepada pengertian yang diberikan oleh ahli fiqh ialah menahan diri daripada perkara perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehinggalah terbenam matahari dengan syarat tertentu beserta niat.

Ciri umum orang yang mencapai peringkat ini ; puasanya hanyalah setakat mengawal nafsu daripada tuntutan perut dan syahwat seks sahaja.

2- Puasa Khusus

Ciri umum orang yang mencapai peringkat ini orang yang dengan memenuhi kriteria di atas, ditambah pula dengan pemeliharaan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan anggota lain daripada melakukan dosa.

3- Puasa Khususul Khusus

Ciri umum orang yang mencapai peringkat ini ialah orang yang memenuhi semua kriteria di atas dan hatinya berpuasa daripada kejahatan batin dan pemikiran keduniaan. Ia hanya berdamping dengan Allah dan berpaling dari yang lain. Semangat berpuasa perlu diterjemahkan dalam kehidupan harian. Sepanjang hayat, muslim perlu menahan diri dari melanggar batasan Allah seperti memakan, meminum, memakai atau menggunakan perkara yang haram dan syubhat. Memelihara anggota yang tujuh daripada larangan Allah. Bahkan menjaga hati dari sifat-sifat keji.

Orang yang tidak menghayati ibadah puasanya, tidak akan mencapai objektif ketakwaan. Bahkan amalannya adalah sia-sia. Imam Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis bermaksud :

“Ramailah orang yang berpuasa, habuan yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga sahaja

TIPS MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN

1- Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan keriangan serta sentiasa mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan lebih baik dan diterima oleh Allah.

2- Mengulangkaji semula semua Ilmu berkaitan dengan puasa agar kita lebih bersedia dan dapat melakukan ibadah ini dengan lebih sempurna.

3- Memperbanyakkan doa kepada Allah agar kita dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah dengan penuh ikhlas, jujur dan tawadduk

4- Menguatkan azam , semangat dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadah puasa sesempurna
     Mungkin.

5- Meningkatkan kesungguhan beramal secara berterusan supaya puasa tidak cacat dan rosak.

6- Menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam seperti pembaziran dalam membeli      makanan, pakaian, perabot dan lain-lain.

KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DALAM BULAN RAMADHAN

1- Bulan yang dipanggil pelbagai nama ; Syahrul Ibadah,Syahrul Quran, Syahrul Mubarak, Syahrul

Tarbiah dll.

2- Di syariatkan ibadah puasa, bulan yang penuh dengan keberkatan.

3- Bulan diturunkan Al-Quran.

4- Pintu syurga dibuka luas bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah Allah.

5- Pintu rahmat (belas kasihan Allah) terbuka luas agar menaungi hamba-hamba –Nya yang tekun beribadah dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

6- Pintu langit dibuka dengan seluas-luasnya, Allah telah menurunkan limpahan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya.

7- Pintu-pintu neraka tertutup rapat. Ini menunjukkan bahawa pada bulan Ramadhan yang mulia ini hamba-hamba Allah yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-Nya.

8- Syaitan dan jin dirantai dari mengganggu dan menghasut orang yang beriman.

9- Terdapat Lailatul Qadar iaitu satu malam yang mana beribadah pada malam tersebut akan dianugerahkan pahala seperti beribadah selama seribu bulan.

10- Anugerah masuk syurga melalui pintu Ar-Rayyan.

11- Mendapat hikmah ibadah puasa.

AMALAN UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN:

1- TILAWAH AL-QURAN

- Membaca sendirian atau tadarrus.

- Tadarrus – membaca beramai-ramai secara bergilir-gilir, menyemak dan membetulkan bacaan.

- Memahami makna bersama.



2- SOLAT TARAWIH

- Dua rakaat satu salam

- Boleh ditunaikan 8 atau 20 rakaat

3- SEDEQAH

-Keluarkan harta dan sedekah kepada orang yang memerlukannya (orang miskin, anak yatim dan orang kurang upaya)

- Ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk.



4- QIAMULLAIL

-Ibadah sunnah yang dilakukan pada malam hari selepas Isyak.

-Merangkumi solat tarawih, membaca Al-Quran dan solat tahajjud.

-Amat digalakkan Islam, terutama sepuluh malam terakhir Ramadhan.



5- BERIKTIKAF DIMASJID

-Berada di dalam masjid dengan niat ibadah dalam keadaan suci daripada hadas.

-Boleh dilakukan berbagai ibadah(solat,zikir,membaca Al-Quran)



Akhirkata, pihak UPIPPDKU mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga pendidik di daerah Kinta Utara. Jumpa lagi.

Wallahu a’lam.                                                                                                       waswar@lycos.com

Thursday, August 12, 2010

NAMA PENCERAMAH AKTIVITI P.ISLAM DAN DAKWAH

SENARAI NAMA PENCERAMAH AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM DAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2010

1-   PEGAWAI SPI, JPN DAN UPI, PPDKU :

1.   Tn.Hj.Muhammad b.Yahya [Pen.Pgrh Pengurusan Dakwah, SPI, JPN 012-5211190 /05-2414000]
2.   Tn.Hj.Zahidan b.Abdul Wahab [Pen. Pgrh Pgrsn Kepimpinan, SPI, JPN 012-5193480 05-2414000]
3.   Tn. Hj. Ahmad Fadzil b. Mohamed @Dasuki [Pen.Pgrh Pbgn Syiar Islam &; Budaya, SPI, JPN
      019-5555352 05-2414000]
4.   Ustaz Saifuddin b. Asri [Pen.Pgrh Penyelarasan Bantuan Sekolah Agama, SPI,JPN 019-5755900 ]
5.   Tn. Hj. Ahmad b. Abdullah [Penyelia Pengurusan SAR KAFA, SPI, JPN 019-5684890 05-2414000]
6.   Tn. Hj. Abdul Kahar b. Awang Karim [Pen. Pgrh Bahasa Arab, SPI, JPN 019-2648722 05-2414000]
7.   Ustaz Rusmizi b. Yusof [Pen. Pgrh Pengurusan GPA (Mngh), SPI, JPN 019-5441075 05-2414000]
8.   Ustaz Mohd Shah b. Ramli [Penyelia Pgrsn GPA (Rendah), SPI, JPN 013-5211250 05-2414000]
9.   Tn. Hj. Abdul Aziz b. Mat Jais [Pen. PPD (Menengah) PPD Kinta Utara 013-5017687 05-2545205]
10. Tn.Hj.Wan Ahmad Salahuddin b.Wan Ah.Rafaii [Pen.PPD(P.Islam) PPDKU 019-5560462/2547472
11. Pn. Hjh.Wan Maziyah bt.Wan Salleh [Penyelia Pendidikan Islam, PPDKU 019-5144188 05-2547472
12. Ustaz Mohd Faisal b. Mohd Yusof [Pegawai Khas P. Islam , PPDKU 019-5732167 05-2547472

2-  GURU PENDIDIKAN ISLAM SR DAN SM

13. Shamsul Jamil b. Shaharum [SMK Pinji, Ipoh 019-3832467 05-3221523]
14. Hj. Husaini b. Abdul Rahman [SMK Simpang Pulai, Kg. Kepayang 019-4404615 05-3575627]
15. Hj. Zakaria b. Omar SMK [Simpang Pulai, Kg. Kepayang 019-3386242 05-3575627]
16. Ahmad Amran b. Mohd Rodi [SMK Anderson, Ipoh 013-4418007 05-2494900]
17. Sauri b. Abdul Manaf [SMK Anderson, Ipoh 019-9897005 05-2494900]
18. Hj. Abdul Aziz b. Musa [SABK Ma’ahad Al-Ummah, Chemor 019-5557874 05-2012727]
19. Khairul Amri b. Abdul Rahman [SABK Ma’ahad Al-Ummah, Chemor 019-5588594 05-2012727]
20. Nik Abdul Malik b. Nik Hussein [SMK Raja Chulan, Ipoh 019-5750792 05-5457082]
21. Abdul Halim b. Abdul Samad [SMK Bercham, Ipoh 013-5906625 05-5461962]
22. Ahmad Tanusi b. Sa’aban [Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh 019-4486334 05-5457733]
23. Asril Hafiz b. Hashim [Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh 013- 4898289 05-5457733]
24. Mohamad Saufi b. Ismail [SMK Tambun, Ipoh 012-5058970 05-5424841]
25  Nik Mohamad Sufian b. Nik Awang [SMK Jati 019-9455540 05-5265082]
26. Hj. Mohd Nazri b. Mohd Padzil SMK Lahat 012-5139713 05-3228995]
27. Mohamad Za’aim b. Abdul Samad [SMK Dr. Megat Khas, Ipoh 019-5084378 05-5276485]
28. Mohamad Azmi b. Ghazali [SMK Menglembu, Menglembu 012-4341114 05-2812559]
29. Nor Hamizah bt. Hamidun [SMK Ulu Kinta, Ulu Kinta 019-5747922 05-5331363]
30. Mohd Yazid b. Hj. Buhimin [SK Rapat Setia, Ipoh 013-4161667 05-3135443]
31. Shyfa Azlina bt. Ismail [SK Tasek Damai, Ipoh 012-6178925 05-2931151]
32. Abdul Hamid b. Harjin [SK Tasek Damai, Ipoh 019-4225362 05-2931151]
33. Fairuz Hafizdh b. Othman [SK Rapat Jaya, Ipoh 019-5749854 05-3115996]
34. Nor Dashriman b. Noor Kaman [SK Jati, Ipoh 013-2552070 05-5286863]
35. Syed Mohd Bakri b. Syed Ishak [SK Dato’ Ahmad Said Tambahan, Ipoh 016-5463052 05-5268889]
36. Ahmad Afendi b. Alias [SK Seri Kepayang, Ipoh 012-5615653 05-5450905]
37. Abdullah b. Omar [SK Seri Tanjong, Ipoh 019-5582595 019-5715633]
38. Muntaha Kamil b. Halid [SK Manjoi 2, Ipoh 012-5595208 05-5265441]
39. Arzuang b. Mamat [SK Pengkalan, Lahat 012-5122516 05-3226860]
40. Mohd Hamami b. Sardi [SK St. Michael 1, Ipoh 019-4055465 05-2545508]
41. Mohd Khairuddin b. Awang Mat [SK Haji Mahmud, Chemor 019-5057010 05-2011534]
42. Hasnidar bt. Ghazali [SK Rapat Setia, Ipoh 019-5584996 05-3135443]
43. Mohd Najib b. Azizan [SK Sungai Raya, Kg. Kepayang 017-5744039 05-3571660]
44. Yusbaijuri b. Mohd Adam [SK Kg. Pasir Puteh, Ipoh 012-4163497 05-3219041]
45. Ridzwan b. Megat [SK Tasek, Ipoh 012-4171705 05-5464913]
46. Zulkifle b. Mohamad [SK Seri Ampang, Ipoh 019-5100703 05-3120663]
47. Mohd Zaki b. Che Deraman [SK Methodist T. Rambutan 017-9722185 05-5331727]
48. Zamree b. Mat Ali [SK St. Michael 2, Ipoh 012-4478432 05-2537525]
49. Badrul ‘Azam b. Borhan [SK Jelapang, Ipoh 019-5558879 05-5264778]
50. Mohamad Asri b. Tahiruddin [SK Perpaduan, Ulu Kinta 017-4954751 05-5333859]
51. Abdullah b. Manaf SK Sri Kinta [012-3655547 05-5462105]

*** Pihak sekolah bolehlah menghubungi dan berurusan terus dengan pegawai dan guru pendidikan Islam untuk penetapan tarikh, tempat dan sebagainya.
 

Wednesday, June 23, 2010

TAZKIRAH @ RENUNGAN SEMPENA HARI GURU SIRI (2)

Baca, Renungkan, Muhasabah diri & Selamat beramal .........

TAJUK : PISANG DAN HATI….

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari... Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

               Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 'Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya' beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

              Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.' Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?' tanya Cikgu Maryam.

              Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk .'Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu' beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA:

• Jauhi perasaan hasad dengki, menjadi batu api, cucuk menyucuk kepada orang lain dan kawan sendiri, selalu mengadu-ngadu dan membuat fitnah atas perkara yang remeh dan kecil. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina dalam hidup.

• KAMU tidak akan bahagia dalam kehidupan. Dan jangan lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mendengar.Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu MahaMengetahui. InsyaAllah sumpahan KAMU dengan nama Allah akan mendapat balasan di dunia ini juga.. bukan  untuk di akhirat nanti…. kerana kamu mempermainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganiayai seseorang.. dan

INGATLAH SESUNGGUHNYA DOA ORANG TERANIAYA SELALU NYA DIMAKBULKAN…..


"Warnakan diri dengan keikhlasan..lukiskan diri dengan senyuman. Gambarkan wajah dengan kemuliaan. Lakarkan budi dihati dengan kesucian"

Dari As Syeikh Nasir bin Muhamad Asmarqandi dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin menyebut dalam bab wara’ bahawa tanda-tanda wara’nya seseorang manusia itu ada sepuluh iaitu;

1- Menjaga lidah dari ghibah.

2- Meninggalkan pekerjaan suka kepada buruk sangka.

3- Meninggalkan amalan suka menghina orang lain.

4- Sentiasa memejamkan mata dari melihat benda yang haram.

5- Sentiasa berkata benar.

6- Mengingati dan bersyukur di atas nikmat yang diterima.

7- Membelanjakan hartanya ke jalan yang benar.

8- Tidak mengharapkan kedudukan duniawi dan tidak sombong.

9- Menjaga solat lima waktu dengan penuh kesempurnaan.

10- Mengikut sunnah dan menyertai jamaah.

             Dipohon kemaafan kerana lewat menyiarkan tazkirah @ renungan hari guru siri 2. Semuga apa yang dipaparkan dapat dijadikan panduan untuk meneruskan perjuangan memberikan pendidikan dengan keikhlasan dan sepenuh hati terhadap anak didik kita. Ingat hari ini kita mendidik dan memberi ilmu kepada mereka. Satu hari nanti mungkin mereka pula yang berdiri dihadapan untuk memberi ilmu dan pendidikan kepada kita. Tuan dan puan boleh memberi  respon, komen dan pandangan untuk penambahbaikan dimasa akan datang. Sampai jumpa lagi. Wallahua’lam.



waswar@lycos.com [23 Jun 2010]

Monday, May 10, 2010

RENUNGAN SEMPENA HARI GURU SIRI 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA,

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Sempena hari guru yang akan disambut pada 16 Mei 2010 ini saya ingin berkongsi sedikit bahan renungan sebagai panduan kita bersama.

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?” Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!” Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja,

sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.

Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.

Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.” “Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” “Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan

kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.

Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.

Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar. “Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?” “Bekerjalah dengan gigih.

Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…” “Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!” “Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Wallahu’alam….. sekadar ingin berkongsi dengan semua warga pendidikan yang diadaptasi daripada sahabat dari Pulau Mutiara. Sebarlah kepada sesiapa yang ingin kita kongsikan renungan ini.

Hj. Wan -upippdku [10/5/2010]

Tuesday, March 2, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

RASULULLAH S.A.W DIKASIHI SUNNAH DIIKUTI


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah mengizinkan kita bertemu sekali lagi melalui ruangan “TAZKIRAH” ini. Semuga semuanya berada dalam pemeliharaan Allah Ta'ala dan dirahmati-Nya.

Rasanya masih belum terlambat untuk kita membicarakan berkaitan dengan Maulidur Rasul. Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Setiap tahun pada tarikh ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah, forum dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Antara perkara yang patut kita renungi dan ikuti diantaranya seperti :

- Sentiasa mengenang segala, jasa, pengorbanan dan perjuangan baginda bagi
menunjukkan rasa kasih kepada baginda.

- Perbanyakkan selawat kepada baginda s.a.w

- Contohi akhlak dan sifat-sifat mulia Rasulullah s.a.w dan mpraktikkannya
dalam kehidupan seharian.

- Pergaulan yang baik dengan seluruh masyarakat hendaklah diamalkan untuk
kecemerlangan umat dan agama Islam.

Kelahiran Rasulullah s.a.w adalah pembawa rahmat ke seluruh alam. Umat Islam sewajarnya mengambil pengajaran dan contoh teladan sepanjang riwayat hidup baginda. Baginda patut dicontohi oleh umat Islam dalam semua aspek kehidupan manusia. Rasulullah s.a.w boleh dicontohi sebagai seorang pemimpin, guru, sahabat, suami, bapa dan sebagai seorang individu muslim yang sempurna.

Memandangkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan baginda , maka sewajarnya kita menyayangi baginda dengan sepenuh hati. Menyayangi Rasulullah s.a.w bukan sahaja memadai dengan pengakuan dalam hati tetapi hendaklah melalui selawat kepada baginda. Disamping itu kita hendaklah meneladani akhlak-akhlak baginda yang terpuji dan mulia dalam kehidupan seharian.

Mereka yang mengasihi Rasulullah s.a.w mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya termasuklah :

1. mendapat syafaat daripada baginda pada hari akhirat yang mana syafaat
ini hanya dianugerahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk umatnya
sahaja;

2. hidup akan diberkati oleh Allah Ta’ala;

3. seseorang itu akan dikasihi dan disayangi oleh Allah Ta’ala;

4. mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala kerana mengamalkan hadis-hadis
baginda

Benarkah kita mengasihi Rasulullah s.a.w? Dalam konteks hidup bermasyarakat sudahkah kita :

1. mengamalkan ucapan salam apabila bertemu

2. menasihati dengan jujur apabila diminta

3. mengambil berat menziarahi saudara kita yang sakit

4. telah mengasihi dan menyayangi kedua ibu bapa kita

5. bersaudara dengan berkasih sayang kerana Allah Ta'ala

6. berbaik sangka sesama muslim

7. menjadi seorang muslim yang menyembunyikan sumbangannya sehingga tidak
diketahui orang

8. membuat sesuatu untuk mencari keredhaan Allah bukannya keredhaan
manusia, dan banyak lagi kalau nak diperkatakan diruang yang agak
terhad ini.

Akhir kalam, marilah kita sanjungi Rasulullah s.a.w dengan ikhlas dan benar. Marilah kita renungi jerih payah perjuangan baginda dalam menyampaikan risalah, setiap pagi, petang, siang dan malam. Tidak ada cara yang lebih bererti dari mengamalkan setiap amanat dan sunnahnya selama hayat dikandong badan. Semuga Allah Ta'ala melimpahi kita sekelian dengan rahmat-Nya. Sebelum mengundurkan diri, saya berharap semua warga pendidik dapatlah memberi sokongan dan kerjasama agar program Maulidur Rasul dapat dijayakan di sekolah-sekolah, seterusnya berjaya menampakkan hasil kejayaan dalam memartabatkan agama Islam di muka bumi Allah Ta'ala yang tercinta ini. Jumpa lagi

hj.wan

Friday, September 18, 2009

Ramadhan Berlalu Syawal Menjelma

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya UPIPPDKU, akhirnya dapat mewujudkan satu blog Unit Pendidikan Islam. Hasrat diwujudkan blog ini supaya hubungan dan maklumat antara UPIPPDKU dengan sekolah dan GPI khususnya dapat disalurkan dengan cara yang lebih cepat disamping melalui portal PPDKU dan surat menyurat. Disamping itu juga GPI disekolah dapat didedahkan dengan maklumat semasa berkaitan pendidikan Islam ,aktiviti semasa, selepas dan akan datang. GPI juga boleh turut sama menyumbang rencana dan artikel untuk dimuatkan dalam blog ini.
          UPIPPDKU merakamkan Jazakallahu Khairan Kathira kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menyiapkan blog ini. Oleh kerana blog ini masih dalam pembinaan untuk memantapkannya, amatlah dialu-alukan sesiapa sahaja untuk memberi cadangan untuk penambahbaikan bahan dan maklumat dari masa ke semasa.
          Sekarang kita masih dibulan Ramadhan. Kedatangannya amat dirindui dan pemergiannya akan ditangisi. Antara sedar atau tidak kita sudah berada dipenghujung sepuluh malam terakhir sebelum menjelangnya syawal. Masih belum terlambat untuk kita mendapatkan malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu lailatul qadar @ malam qadar.
          Marilah kita gunakan kesempatan sepuluh malam yang terakhir ini untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat. Singkaplah tabir disepuluh malam terakhir dan berlumba kita mencari keredhaan-Nya. Hidupkan malam dengan beribadah dan iktikaf, berdoa, bertasbih dan memohon keampunan. Semuga kita dipilih oleh Allah S.W.T untuk mendapatkan kelebihan ibadah tersebut.
Disini saya ingin berkongsi bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengingatkan kembali diantara adab-adab dan sunat hari raya, diantaranya;

Pertama, Kita hendaklah membersihkan diri sebelum keluar untuk solat sunat hari raya. Antara dalilnya : "Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum keluar" - Imam Malik

Kedua, Marilah kita memakai pakaian yang sebaik-baiknya, tidak semestinya
pakaian yang baru dan mahal.

Ketiga, Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat sunat hari raya.

Keempat, Bersama-samalah kita keluar solat sunat hari raya di masjid, surau dan seumpamanya.

Kelima, Perbanyakkan melaungkan takbir hari raya, bermula dari malam raya sampailah ke waktu kita hendak mendirikan solat sunat hari raya.

Keenam, Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat sunat hari raya.
"Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. " - Imam Bukhari

Ketujuh, Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin dan muslimat dan menziarahi antara satu sama lain.

          Begitulah indah dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari kegembiraanpun terdapat adab-adab dan garis panduan yang memimpin umatnya agar tidak terpesong dari tujuan sebenar sambutan diadakan iaitu sebagai melahirkan rasa kesyukuran terhadap Allah S.W.T. Itulah perbezaan agama Islam dengan agama-agama yang lain yang mengadakan sambutan hanya untuk bergembira dan bersuka ria. Jangan lupa membayar zakat fitrah sebelum hari raya ini, disamping menunaikan puasa sunat syawal (puasa enam) selepas raya nanti.

              Akhirnya, semuga kita dapat bersama-sama menghidupkan amalan sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri serta para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanafaat. Kepada semua sekolah yang telah dapat melaksanakan aktiviti "IHYA RAMADHAN" disepanjang bulan ramadhan yang mulia ini diucapkan terima kasih,tahniah dan syabas. Semuga usaha tuan-tuan dan puan itu akan dikira sebagai satu amal ibadah kita kepada-Nya. Terima juga kepada sekolah yang sudi menjemput kami di UPI dan Tn. Hj. Abdul Aziz b. Mat Jais bagi memeriah dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Kepada semua yang membaca blog ini diucapkan Selamat Hari raya Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Jumpa Lagi.

Hj. wan
Pen.PPD (P.Islam), PPDKU.

Wednesday, September 9, 2009

Ke arah Pembentukan pelajar berperibadi muslim

Langkah-Langkah Ke arah Pembentukan pelajar berperibadi muslim


1. Zikrullah

    Pelajar hendaklah sentiasa mengingati Allah S.W.T bagi menghidupkan hati dan membuang segala sifat tercela. Hati akan menjadi :
  • lembut
  • mudah menerima pelajaran dan pengajaran
  • mudah menerima nasihat dan teguran guru, ibubapa atau sesiapa jua.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :
          " Setiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati itu ialah zikrullah."

2. Bergantung hati kepada Al-Quran

    Pelajar hendaklah menjadikan al-Quran sebagai teman rapat yang sentiasa berhubung hati menerusi pembacaan, mentadabbur ayat-ayat al-Quran dengan memahami maknanya kerana al-Quran itu tali Allah yang kukuh, cahaya yang terang dan penawar yang mujarab serta pengadil yang sentiasa membetulkan sebarang penyelewengan.

3. Muraqabatullah (Kawalan Allah)

    Pelajar hendaklah merasakan mereka sentiasa di bawah kawalan Allah S.W.T. Memelihara diri daripada fitnah dan sentiasa memastikan hati mendapat petunjuk daripada Allah dan bukannya dituntun oleh hawa nafsu.

Oleh itu pelajar hendaklah memastikan tiga perkara utama seperti :
  • Perkara yang jelas kebaikan hendaklah diikuti
  • Perkara yang jelas keburukan hendaklah dijauhi
  • Perkara yang syubhah atau kesamaran halal atau haram hendaklah berhati-hati.
4. Jihad Melawan hawa nafsu

     Para pelajar sudah pasti merasai sesuatu pergolakan dalam jiwa mereka. Dua unsur antara baik dan buruk, perintah dan larangan sentiasa saling bertentangan antara satu sama lain. Justeru jihad dan taqwa adalah senjata yang paling ampuh untuk melawan hawa nafsu.

     Alam remaja pelajar adalah alam yang mencabar. Sekiranya tidak bersungguh-sungguh melawannya pelajar akan tewas dan hanyut dibawa masa yang akhirnya akan lalai dan leka.


5 . Tanamkan rasa kebencian terhadap mungkar dan kasih kepada kebaikan.

     Adanya rasa benci di dalam hati terhadap sebarang unsur maksiat dan mungkar akan mengawal pelajar daripada terjerumus ke lembah hina. Lembah-lembah hina ini mempunyai daya tarikan yang kuat dan kental, jika pelajar tidak kuat iman akan terjatuh kelembah hina itu. Oleh itu kenali lembah itu menerusi hati yang bertaqwa. Ianya akan menghasilkan rasa benci dan jijik kepada segala bentuk kemungkaran tersebut.

                                                                                                               - hj. wan : waswar @lycos.com

Tahun 2011,semua guru pendidikan islam diwajibkan menjadi ahli pekdis.