MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM....

BLOG UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KINTA UTARA TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BERIKUT:

http://www.upikintautara.com

Error: Embedded data could not be displayed.

Wednesday, August 18, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN

TAZKIRAH RAMADHAN TAHUN 1431 /2010


Ramadhan bulan Penuh Berkat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bersua kembali dalam ruangan tazkirah, Didoakan semuga semuanya beroleh kesejahteraan serta mendapat keberkatan umur di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Marilah kita semua mengucapkan Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan”. Selamat datang wahai Ramadhan, bulan yang penuh dengan kerahmatan, keampunan dan keberkatan. Sempena kedatangan Ramadhan ini, gunakanlah peluang keemasan ini dengan menjadikan keseluruhan kehidupan kita sebagai ibadah kerana ganjaran pahala sangat besar. Kita jadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas.

Kita sewajarnya menghayati semangat Ramadhan dalam kehidupan harian. Ibadah puasa boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:

1- Puasa Umum

Puasa umum merujuk kepada pengertian yang diberikan oleh ahli fiqh ialah menahan diri daripada perkara perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehinggalah terbenam matahari dengan syarat tertentu beserta niat.

Ciri umum orang yang mencapai peringkat ini ; puasanya hanyalah setakat mengawal nafsu daripada tuntutan perut dan syahwat seks sahaja.

2- Puasa Khusus

Ciri umum orang yang mencapai peringkat ini orang yang dengan memenuhi kriteria di atas, ditambah pula dengan pemeliharaan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan anggota lain daripada melakukan dosa.

3- Puasa Khususul Khusus

Ciri umum orang yang mencapai peringkat ini ialah orang yang memenuhi semua kriteria di atas dan hatinya berpuasa daripada kejahatan batin dan pemikiran keduniaan. Ia hanya berdamping dengan Allah dan berpaling dari yang lain. Semangat berpuasa perlu diterjemahkan dalam kehidupan harian. Sepanjang hayat, muslim perlu menahan diri dari melanggar batasan Allah seperti memakan, meminum, memakai atau menggunakan perkara yang haram dan syubhat. Memelihara anggota yang tujuh daripada larangan Allah. Bahkan menjaga hati dari sifat-sifat keji.

Orang yang tidak menghayati ibadah puasanya, tidak akan mencapai objektif ketakwaan. Bahkan amalannya adalah sia-sia. Imam Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis bermaksud :

“Ramailah orang yang berpuasa, habuan yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga sahaja

TIPS MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN

1- Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan keriangan serta sentiasa mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan lebih baik dan diterima oleh Allah.

2- Mengulangkaji semula semua Ilmu berkaitan dengan puasa agar kita lebih bersedia dan dapat melakukan ibadah ini dengan lebih sempurna.

3- Memperbanyakkan doa kepada Allah agar kita dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah dengan penuh ikhlas, jujur dan tawadduk

4- Menguatkan azam , semangat dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadah puasa sesempurna
     Mungkin.

5- Meningkatkan kesungguhan beramal secara berterusan supaya puasa tidak cacat dan rosak.

6- Menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam seperti pembaziran dalam membeli      makanan, pakaian, perabot dan lain-lain.

KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DALAM BULAN RAMADHAN

1- Bulan yang dipanggil pelbagai nama ; Syahrul Ibadah,Syahrul Quran, Syahrul Mubarak, Syahrul

Tarbiah dll.

2- Di syariatkan ibadah puasa, bulan yang penuh dengan keberkatan.

3- Bulan diturunkan Al-Quran.

4- Pintu syurga dibuka luas bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah Allah.

5- Pintu rahmat (belas kasihan Allah) terbuka luas agar menaungi hamba-hamba –Nya yang tekun beribadah dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

6- Pintu langit dibuka dengan seluas-luasnya, Allah telah menurunkan limpahan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya.

7- Pintu-pintu neraka tertutup rapat. Ini menunjukkan bahawa pada bulan Ramadhan yang mulia ini hamba-hamba Allah yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-Nya.

8- Syaitan dan jin dirantai dari mengganggu dan menghasut orang yang beriman.

9- Terdapat Lailatul Qadar iaitu satu malam yang mana beribadah pada malam tersebut akan dianugerahkan pahala seperti beribadah selama seribu bulan.

10- Anugerah masuk syurga melalui pintu Ar-Rayyan.

11- Mendapat hikmah ibadah puasa.

AMALAN UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN:

1- TILAWAH AL-QURAN

- Membaca sendirian atau tadarrus.

- Tadarrus – membaca beramai-ramai secara bergilir-gilir, menyemak dan membetulkan bacaan.

- Memahami makna bersama.



2- SOLAT TARAWIH

- Dua rakaat satu salam

- Boleh ditunaikan 8 atau 20 rakaat

3- SEDEQAH

-Keluarkan harta dan sedekah kepada orang yang memerlukannya (orang miskin, anak yatim dan orang kurang upaya)

- Ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk.



4- QIAMULLAIL

-Ibadah sunnah yang dilakukan pada malam hari selepas Isyak.

-Merangkumi solat tarawih, membaca Al-Quran dan solat tahajjud.

-Amat digalakkan Islam, terutama sepuluh malam terakhir Ramadhan.



5- BERIKTIKAF DIMASJID

-Berada di dalam masjid dengan niat ibadah dalam keadaan suci daripada hadas.

-Boleh dilakukan berbagai ibadah(solat,zikir,membaca Al-Quran)



Akhirkata, pihak UPIPPDKU mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga pendidik di daerah Kinta Utara. Jumpa lagi.

Wallahu a’lam.                                                                                                       waswar@lycos.com

Tahun 2011,semua guru pendidikan islam diwajibkan menjadi ahli pekdis.