MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM....

BLOG UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KINTA UTARA TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BERIKUT:

http://www.upikintautara.com

Error: Embedded data could not be displayed.

Monday, October 10, 2011

PENCAPAIAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT PROGRAM j-QAF MURID-MURID TAHUN 6 PERTENGAHAN TAHUN 2011

Assalamualaikum wrt.wbt. & Salam sejahtera

PENTING

Kepada,

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pelaksanaan j-QAF 2005 & 2006,
Daerah Kinta Utara.

Tuan,

PENCAPAIAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT PROGRAM j-QAF MURID-MURID TAHUN 6 PERTENGAHAN TAHUN 2011

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Pelajaran Perak J.Pend.Pk(AM)4594/4 Jld 6(56) bertarikh 15 Ogos 2011 berhubung perkara di atas.

2.Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan sedang berusaha untuk melonjakkan pencapaian murid Tahun 6 dalam amali wuduk dan solat program j-QAF ke arah sasaran 100% menguasai.

3.Sehubungan itu, pihak tuan dipohon untuk memberi perhatian khusus kepada murid-murid yang belum menguasai aspek di atas sebelum pengisian data pencapaian penggal kedua(elaporan oktober).Pihak tuan juga dipohon untuk mengemukakan laporan pencapaian semasa murid pada atau sebelum 10 Oktober 2011 secara 'online' di pautan http://spiperak.bpi.edu.my. di bawah Main Menu klik pada Aplikasi@ SPI dan menghantar sesalinan laporan kepada PPD Kinta Utara.
Sekian, terima kasih.
_________________
Mohd Faisal bin Mohd Yusof
Penolong PPD j-Qaf
PPD Kinta Utara
jqafkintautara@yahoo.com

Tahun 2011,semua guru pendidikan islam diwajibkan menjadi ahli pekdis.