PERTANDINGAN TULISAN KHAT SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2011.
1- Penyertaan :
• Terbuka kepada murid Islam (kelas peralihan hingga tingkatan 5 sahaja).
• Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan sahaja.
2- Potongan ayat khat :
• Akan disediakan oleh urusetia pertandingan.
• Menggunakan salah satu jenis khat iaitu nasakh, thuluth dan diwani.
• Peserta yang menulis selain dari jenis khat di atas terkeluar dari pertandingan dan tidak diadili.
3. Peralatan :
• Sebarang alat tulis khat dan dakwat dibawa oleh peserta.
• Kertas akan disediakan oleh urusetia pertandingan.
• Sekeping kertas sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta. Sebarang kerosakan atau kekotoran pada kertas ditanggung oleh peserta sendiri.
• Peserta tidak dibenarkan meminjam dari peserta lain sebarang peralatan semasa pertandingan.
4. Persembahan :
• Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah hasil khat sahaja.
• Persembahan adalah hasil rekaan peserta sendiri.
• Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain.
• Peserta hanya dibenarkan menggunakan dakwat warna hitam sahaja untuk tulisan. Warna tambahan tidak dibenarkan kecuali awan larat yang sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat.
5. Pakaian :
• Lelaki (memakai pakaian kebangsaan yan g lengkap bersamping dan bersongkok hitam)
• Perempuan ( Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan bersopan).
• Hiasan dan persolekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.
6. Masa :
• Setiap peserta diberi masa 1 jam 30 minit untuk menulis khat.
• Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa melebihi yang telah ditetapkan.
7. Pemarkahan :
Dibahagikan kepada 3 bahagian :
• Tulisan : 50 markah
• Persembahan : 30 markah
• Kebersihan : 20 markah
JUMLAH 100 markah
8. Penentuan Keputusan :
• Peserta mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.
• Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.
• Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan dirujuk kepada :
Pertama : Tulisan
Kedua : Persembahan
Ketiga : Kebersihan
• Sekiranya masih sama. Jemah hakim akan bersidang dan membuat keputusan berdasarkan juri hakim.
• Keputusan hakim adalah muktamad.
9. Penghakiman dan Pemarkahan:
9.1 Penghakiman Tulisan :
9.1.1 Aspek Penghakiman :
• Tulisan menggunakan khat Nasakh, Thuluth dan Diwani
• Besar huruf (fonts) yang sesuai mengikut potongan ayat
• Tidak bercampur dengan khat yang lain
• Tidak ada kesalahan ejaan
9.1.2 Kesalahan :
• Bukan khat Nasakh, Thuluth dan Diwani
• Campuran dengan khat yang lain.
• Tidak mengikut teks
• Salah ejaan / tertinggal perkataan
9.1.3 Pemarkahan Bonus :
• Dua markah bonus disediakan bagi tulisan yang menepati khat yang betul dan amat menarik.
9.1.4 Huraian Pemarkahan tulisan :
• Susunan tulisan khat : 48 markah
• Bonus : 2 markah
9.2 Pemarkahan Kebersihan :
9.2.1 Bahagian ini dinilai mengikut perkara-perkara berikut :
• Tulisan jelas dan mudah dibaca
• Tiada kesan tulisan yang dipadam
• Kebersihan kertas
9.2.2 Kesalahan:
• Khat tidak boleh dibaca
• Kertas kotor
9.2.3 Pemarkahan Bonus
• 2 markah bonus disediakan bagi kebersihan kertas yang menarik
9.2.4 Huraian pemarkahan kebersihan :
• Mutu kebersihan : 18 markah
• Bonus : 2 markah
9.3 Penghakiman Persembahan :
9.3.1 Pemarkahan dinilai dari segi :
• Menggunakan kertas secara maksima
• Awan larat yang sesuai dengan mesej ayat
• Tiada lambang yang sensetif menyentuh mana-mana pihak
• Awan larat yang mesra alam atau moden/digital
• Tulisan yang kemas dalam susunan
• Awan larat tidak menenggelamkan khat
9.3.2 Kesalahan :
• Tidak menggunakan kertas secara maksima
• Bentuk khat yang tidak sesuai atau negatif
• Awan larat yang sensetif / fasik / kufur akhlak
9.3.3 Pemarkahan Bonus :
• Bonus 2 markah bagi kreativiti yang menarik dan awan larat yang cantik lagi menarik
9.3.4 Huraian Pemarkahan :
• Persembahan / kreativiti : 28 markah
• Bonus (Awan larat yang sangat menarik) : 2 markah
SEMUA PERATURAN DI ATAS ADALAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, NEGERI PERAK.
Ketua hakim yang boleh di rujuk : Ustaz Sham Sunain b. Abd. Majid -SK Manjoi 1, Ipoh : 019-4638694
PERTANDINGAN TULISAN JAWI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011.
1- Penyertaan :
• Terbuka kepada semua murid sekolah kebangsaan (tahun 1 hingga 6), Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan sahaja.
2- Potongan ayat khat :
• Akan disediakan oleh urusetia pertandingan.
• Menggunakan khat Nasakh sahaja.
• Peserta yang menulis selain dari jenis khat Nasakh terkeluar dari pertandingan dan tidak diadili.
3. Peralatan :
• Sebarang alat tulis jawi dan dakwat dibawa oleh peserta.
• Kertas akan disediakan oleh urusetia pertandingan.
• Sekeping kertas sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta. Sebarang kerosakan atau kekotoran pada kertas ditanggung oleh peserta sendiri.
• Peserta tidak dibenarkan meminjam dari peserta lain sebarang peralatan semasa pertandingan.
4. Persembahan :
• Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah hasil tulisan jawi sahaja.
• Persembahan adalah hasil rekaan peserta sendiri.
• Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain.
• Persembahan tulisan jawi tidak dibenar menggunakan pewarna tambahan kecuali awan larat yang sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat.
5. Pakaian :
• Lelaki (memakai pakaian kebangsaan yan g lengkap bersamping dan bersongkok hitam)
• Perempuan ( Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan bersopan).
• Hiasan dan persolekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.
6. Masa :
• Setiap peserta diberi masa 1 jam untuk menulis jawi
• Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang telah ditetapkan.
7. Pemarkahan :
Dibahagikan kepada 3 bahagian :
• Tulisan : 50 markah
• Persembahan : 30 markah
• Kebersihan :20 markah
JUMLAH 100 markah
8. Penentuan Keputusan :
• Peserta mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.
• Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.
• Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan dirujuk kepada :
Pertama : Ejaan
Kedua : Tulisan
Ketiga : Kebersihan
• Sekiranya masih sama. Jemah hakim akan bersidang dan membuat keputusan berdasarkan juri hakim.
• Keputusan hakim adalah muktamad.
9. Penghakiman dan Pemarkahan:
9.1 Penghakiman Ejaan :
9.1.1 Aspek Penghakiman :
• 50 perkataan dinilai untuk diberikan markah
• Betul semua perkataan yang ditulis.
• Menulis mengikut teks yang telah ditentukan.
• Ejaan mengikut ejaan jawi yang dimurnikan keluaran DBP
9.1.2 Kesalahan :
• Salah perkataan dipotong satu markah
• Salah teks tidak diadili penyertaan.
• Didapati meniru tidak akan diadili penyertaannya.
• Tertinggal perkataan
9.1.3 Huraian Pemarkahan :
• Ejaan yang betul : 50 markah
9.2 Penghakiman Kebersihan :
9.2.1 Bahagian ini dinilai mengikut perkara-perkara berikut :
• Tulisan jelas dan mudah dibaca
• Tiada kesan tulisan yang dipadam menjadi comot
• Awan larat yang tidak menenggelamkann tulisan jawi
• Tulisan yang kemas dalam susunan
• Awan larat yang mesra alam atau moden
• Menggunakan warna yang ada pada bendera jalur gemilang
9.2.2 Kesalahan:
• Tulisan jawi tidak boleh dibaca
• Awan larat merosakkan tulisan jawi
• Tiada lambing yang sensetif menyentuh mana-mana pihak
9.2.3 Pemarkahan Bonus
• 3 markah bonus disediakan bagi kebersihan kertas yang kemas dan menarik
9.2.4 Huraian pemarkahan kebersihan :
• Mutu kebersihan : 17 markah
• Bonus : 3 markah
9.3 Penghakiman Tulisan :
9.3.1 Pemarkahan dinilai dari segi :
• Tulisan menggunakan khat Nasakh
• Besar huruf (fonts) yang sesuai mengikut potongan ayat
• Tidak bercampur dengan khat yang lain.
• Tulisan mengikut teks.
9.3.2 Kesalahan :
• Bukan khat Nasakh
• Campuran dengan khat yang lain
• Tertinggal perkataan
9.3.3 Pemarkahan Bonus :
• Bonus 3 markah disediakan bagi tulisan yang menepati khat Nasakh yan g betul dan amat menarik.
9.3.4 Huraian Pemarkahan :
• Susunan tulisan khat : 27 markah
• Bonus : 3 markah
SEMUA PERATURAN DI ATAS ADALAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, NEGERI PERAK.
Ketua hakim yang boleh di rujuk : Ustazah Aslinda bt. Shaari -SK Seri Ampang, Ipoh : 016-5951754
SELAMAT BERKHIDMAT DI SEKOLAH BAHARU
-
Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Nordin di
atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang 30 tahun
menabur ...
0 comments:
Post a Comment