MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM....

BLOG UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KINTA UTARA TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BERIKUT:

http://www.upikintautara.com

Error: Embedded data could not be displayed.

Friday, November 4, 2011

MANUAL CETAKAN SIJIL j-QAF TAHUN 6 2011

UMUM
1. Sijil yang rosak tidak berganti.
2. Murid yang hanya mengambil Mata Pelajaran Bahasa Arab tidak layak mendapat sijil j-QAF.

SEBELUM
1. Isi data pencapaian j-QAF dalam EENAM V11.6(klik disini utk download)
a. Markah Jawi Akhir Tahun (21 Okt 2011)
b. Markah Bahasa Arab Akhir Tahun (21 Okt 2011)
c. Pencapaian al-Quran Bulan Oktober
d. Pencapaian Solat Bulan Oktober
2. Pastikan Nama PENUH diisi selengkapnya (HURUF BESAR) untuk paparan dalam sijil
3. Masukkan No Surat Beranak atau Kad pPengenalan.
4. Semak kesahan data pencapaian murid SEBAIKNYA
5. Tidak membiarkan ruang kosong (Tandakan TH jika tidak hadir)

SEMASA
1. Buka filie ENAM V11.6
2. Klik Sijil
3. Klik petak hijau Pilih nama murid (petak hijau)
4. Cetak atas kertas A4 lain untuk semak margin dan setup printer (jika perlu)
5. Masukkan Sijil dan cetak sijil satu persatu.

SELEPAS
1. Edarkan kepada murid yang berkenaan

Terima kasih.


MUAT TURUN ESEKOLAH V11.6
KLIK DISINI

Friday, October 28, 2011

BAHAN SMART SOLAT 2011

Assalamualaikum wrt wbt.

Bahan SMART SOLAT untuk Kem Smart Solat boleh dimuat turun di sini untuk rujukan sekolah-sekolah yang terlibat dalam Kem Smart Solat mula MUAT TURUN 

Sekian untuk tindakan dan makluman

Thursday, October 27, 2011

E-LAPORAN V11.5 2011


1. E-LAPORAN (SEKOLAH) V11.5 2011 Sila klik

2. E-LAPORAN (KELAS) V11.5 2011 Sila klik

ATAU

1. E-LAPORAN V11.5 2011 Sila klik
Penambaikan ke V11.5 :
1. Satus
Contoh :
Jika pengisian tidak lengkap akan keluar X1K.
Jika Pengisian tidak diperlukan, akan keluar RALAT1K.

2. Papan Utama Rumusan ada perubahan untuk melihat KPI dengan lebih jelas.

***Lebih baik untuk update data untuk keesahan dan cetakan di peringkat Sekolah dengan tepat. Termasuk ESATU HINGGA ESEKOLAH.

***CONTOH RALAT
1. Murid bukan Islam dengan Kod 5, sepatutnya tiada pengisian dalam Amali Wuduk. Akan tetapi pengisian diisi dengan MC (Menguasai Cemerlang). Justeru, status RALAT1X.
2. Murid Islam dengan Kod 2, sepatutnya tiada pengisian dalam Bahasa Arab kerana mengambil Bahasa Cina. Akan tetapi pengisian diisi dengan markah. Justeru, status RALAT1X

 
BAGI SEKOLAH YANG MENNGUNAKAN V11@V11.1 BOLEH UPDATE.

CARA-CARA:
1. daripada versi lama(v11@v11.1) klik masukkan data-->menu-->eksport.
2. akan keluar dialogbox untuk save.--> save 
3.buka v11.5-->masukkan data murid--> menu--->update
4. update bahan yg dieksport tadi....

Wednesday, October 19, 2011

PANDUAN CETAKAN SIJIL j-QAF MURID-MURID TAHUN 6

UMUM
1. Sijil yang rosak tidak berganti.
2. Murid yang hanya mengambil Mata Pelajaran Bahasa Arab tidak layak mendapat sijil j-QAF.


SEBELUM
1. Isi data pencapaian j-QAF dalam EENAM V11.1
    a. Markah Jawi Akhir Tahun (21 Okt 2011)
    b. Markah Bahasa Arab Akhir Tahun (21 Okt 2011)
    c. Pencapaian al-Quran Bulan Oktober
    d. Pencapaian Solat Bulan Oktober


2. Pastikan Nama PENUH diisi selengkapnya (HURUF BESAR) untuk paparan dalam sijil
3. Masukkan No Surat Beranak atau Kad pPengenalan.
4. Semak kesahan data pencapaian murid SEBAIKNYA
5. Tidak membiarkan ruang kosong (Tandakan TH jika tidak hadir)


SEMASA
1. Buka filie ENAM V.11
2. Klik Sijil
3. Klik petak hijau Pilih nama murid (petak hijau)
4. Cetak atas kertas A4 lain untuk semak margin dan setup printer (jika perlu)
5. Masukkan Sijil dan cetak sijil satu persatu.


SELEPAS
1. Edarkan kepada murid yang berkenaan



Terima kasih.
spiperak.bpi.edu.my

ELAPORAN OKT 2011




>>>>>>Esekolah v11.4 Sila klik

1. ESATU - ETIGA V11.1 Sila klik

2. EEMPAT - ELIMA V11.1 Sila klik



 ASSALAMUALAIKOM...

BUAT MASA SEKARANG UNTUK E1-E6 GUNA V11.1.
ESEKOLAH GUNA V11.4


KEPADA SEKOLAH YANG TELAH MENGGUNAKAN E1-E6 V11 BOLEH UPGRADE KE V11.1.


CARA-CARA:
 1. V11 EKSPORT DATA  (E1-E6): -->>masukkan data-->>menu-->> eksport.

2.V11.1 UPDATE  :-->> masukkan data-->> menu -->> update (pilih file yg telah di ekasport)

Segala data yang lepas, semuanya ada. Alhamdulilah.

**APA-APA BERUBAHAN AKAN DIBERITAHU KELAK...

Monday, October 17, 2011

MULTAQA GPI KALI KE 2 DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kepada:

Semua sekolah SMK, SABK, SMAN dan
SK, SJK (C) Daerah Kinta Utara



MULTAQA GPI KALI KE 2 DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2011



Merujuk surat : PPDKU (PA) 02/12/002(59) bilangan 5 Oktober 2011 bahawa program tersebut akan diadakan seperti berikut :



Tarikh : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 2.30 petang
Tempat : Dewan Bankuet, Kementerian Dalam Negeri (KDN),
Bandar Meru Raya, Ipoh
Peserta : Semua Guru Pendidikan Islam, Guru j-QAF, Sekolah Rendah dan Guru Pendidikan Islam, Guru B.Arab, Guru KKQ SM
Sasaran yang hadir : 700 orang termasuk 4 daerah jemputan ( Kinta Selatan, Batang Padang, Manjung dan Hilir Perak [100 orang] )
Pakaian : Baju Batik

Catatan :
1- Surat telah dimasukkan kedalam pigeon hole ppd (17 okt.2011) dan ada yang telah diserahkan semasa kursus pengurusan Jenazah pada 15 Oktober.

2- Semua sekolah perlu menghantar nama yang hadir ke unit Pendidikan Islam PPD Kinta Utara sama ada secara faks, by hand atau emel kepada waswar @ lycos. com pada atau sebelum 21 Oktober 2011.


3- Mohon semua GPI hadir kecuali yang ada alasan yang munasabah (sila nyatakan dalam borangborang kehadiran dan nyatakan sebab kenapa tidakdapat hadir.

4- Terima kasih kepada 55 orang ahli Pekdis yang telah hadir bagi menjayakan Kursus Pengurusan Jenazah Ahli Pekdis Siri 1 pada 15 Oktober 2011 di Dewan Besar, PPD Kinta Utara. Insya Allah Siri 2 akan menyusul.



PERHIMPUNAN DAN PERJUMPAAN TERBESAR GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KINTA UTARA SERAMAI 700 ORANG. REALISASIKAN, BERIKAN SOKONGAN DAN DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.
Kami dipihak Unit Pendidikan Islam, amatlah mengharapkan agar tuan/puan memberi sokongan yang padu bagi menjayakan multaqa ini. Kerjasama dan perhatian tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.



Sebarang permasalahan sila hubungi Tn. Hj. Wan Ahmad Salahuddin (Pen. PPD P.Islam) ditalian 019-5560462 atau 05-2547472





Monday, October 10, 2011

PENCAPAIAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT PROGRAM j-QAF MURID-MURID TAHUN 6 PERTENGAHAN TAHUN 2011

Assalamualaikum wrt.wbt. & Salam sejahtera

PENTING

Kepada,

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pelaksanaan j-QAF 2005 & 2006,
Daerah Kinta Utara.

Tuan,

PENCAPAIAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT PROGRAM j-QAF MURID-MURID TAHUN 6 PERTENGAHAN TAHUN 2011

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Pelajaran Perak J.Pend.Pk(AM)4594/4 Jld 6(56) bertarikh 15 Ogos 2011 berhubung perkara di atas.

2.Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan sedang berusaha untuk melonjakkan pencapaian murid Tahun 6 dalam amali wuduk dan solat program j-QAF ke arah sasaran 100% menguasai.

3.Sehubungan itu, pihak tuan dipohon untuk memberi perhatian khusus kepada murid-murid yang belum menguasai aspek di atas sebelum pengisian data pencapaian penggal kedua(elaporan oktober).Pihak tuan juga dipohon untuk mengemukakan laporan pencapaian semasa murid pada atau sebelum 10 Oktober 2011 secara 'online' di pautan http://spiperak.bpi.edu.my. di bawah Main Menu klik pada Aplikasi@ SPI dan menghantar sesalinan laporan kepada PPD Kinta Utara.
Sekian, terima kasih.
_________________
Mohd Faisal bin Mohd Yusof
Penolong PPD j-Qaf
PPD Kinta Utara
jqafkintautara@yahoo.com

Tuesday, September 27, 2011

PERATURAN & SYARAT PERTANDINGAN IHTIFAL j-QAF 2011(QUIZ & TULISAN JAWI )

Thursday, September 22, 2011

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI GPI DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2011

MAJLIS RAMAH MESRA AIDIL FITRI GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2011

Merujuk surat : PPDKU (PA) 02/12/002(46) bertarikh 20 September 2011, dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara akan mengadakan majlis tersebut seperti berikut :

Tarikh : 27 September 2011 (Selasa)
Masa   : 4.00 - 6.00 petang
Tempat : Dewan Bangkuasi Carsem,  Kg. Melayu Sungai Rapat,
Ipoh (berhampiran kilang Carsem)

Peserta : Semua Guru P.Islam, j-QAF, B.Arab, KKQ SMK, SMAN, SK, SJK (C), 
SJK (T) dan GSTT (Jemputan untuk semua guru yang dinyatakan  bukan untuk ahli PEKDIS sahaja)

Bayaran : RM10.00 seorang

Pakaian : Baju Raya (Baju Melayu -lelaki)

Pengesahan Kehadiran :

Sila nyatakan bilangan kehadiran, nama dan bayaran (mengikut sekolah masing-masing) sebelum atau
pada 23 Sept. 2011 ( jam 12.00 tengahari Jumaat)


Catatan :
1. Surat telah dimasukkan ke dalam pigeon hole (20 Sept 2011).
2. Tuan / puan digalakkan untuk membawa kuih muih raya dan
sebarang bentuk makanan ke majlis tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Hj. Wan Ahmad Salahuddin b. Wan Ahmad Rafaii di talian -019-5560462 





KEHADIRAN TUAN/PUAN AKAN MEMERIAH DAN MERAPATKAN UKHWAH ISLAMIAH ANTARA KITA.

Sekian terima kasih.

Thursday, August 25, 2011

BAHAN MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kepada,
Semua ketua panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara.

Maklumat mesyuarat panitia Pendidikan Islam boleh dimuat turun MUAT TURUN. Arahan berkaitan maklumat Data Guru Pendidikan Islam untuk Sekolah Rendah & Sekolah Menengah boleh didapati didalam slaid yang disediakan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan-tuan

Friday, August 5, 2011

PANDUAN PUASA RAMADHAN

Assalamualaikum wrt wbt

Buku Panduan Ramadhan keluaran JAKIM dalam bentuk pdf boleh dimuat turun di sini
MUAT TURUN

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh
keimanan dan pengharapan, akan diampun segala
dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN ISLAM/JAWI/BAHASA ARAB TAHUN 2011

Assalamualaikum wrt wbt.

Kepada,

Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam diminta untuk mengisikan borang Analisa Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 yang disediakan dan menghantarnya semula dalam bentuk hardcopy sebelum atau pada 12 Ogos 2011 (Jumaat).Borang analisa boleh dimuat turun di sini MUAT TURUN

Sekian untuk tindakan pihak tuan.

Wednesday, July 27, 2011

PERATURAN & SYARAT PERTANDINGAN IHTIFAL j-QAF 2011

Assalamualaikum wrt.wbt.

Kepada,

Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Daerah Kinta Utara.

 Peraturan & Syarat Pertandingan Ihtifal j-QAF 2011 boleh dimuat turun mulai hari ini 27 Julai 2011. MUAT TURUN

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak

Thursday, July 7, 2011

SENARAI NAMA MURID KEM LITERASI AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA

Kem Literasi Al-Quran peringkat Daerah akan diadakan mengikut Zon yang telah ditetapkan.

1.Senarai nama murid yang terlibat MUAT TURUN
2.Nama sekolah mengikut ZON Program Kecemerlangan j-QAF 2011  MUAT TURUN

Mesyuarat Penyelarasan Kecemerlangan Program j-QAF pada 11 Julai 2011 ditangguhkan  pada
Tarikh : 19 Julai 2011
Tempat: Bilik Seri Kinta
Masa   : 2.00 petang

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan.

PEMETAAN SOALAN PENDIDIKAN ISLAM OTI3

Pemetaan Soalan Pendidikan Islam OTI3 / Ujian Pengesanan 2 boleh dimuat turun di sini
MUAT TURUN

Sekian untuk tindakan dan makluman pihak sekolah

Tuesday, June 28, 2011

Ujian Selaras 3 SPI MGB

Tarikh: 18 JUL 2011
Matapelajaran
1. Pendidikan Islam dan Pelajaran Jawi
(Tahun 1 - Tahun 6)
2. Bahasa Arab
(Tahun 4 - 6)
PERHATIAN : SPI hanya menguruskan soalan Bahasa Arab Pertengahan dan Akhir Tahun untuk Tahap satu. Ujian bulanan diuruskan oleh sekolah menggunakan soalan yang disediakan oleh BPK

Wednesday, May 25, 2011

TAKLIMAT DATA ELAPORAN j-QAF 6 BULAN PERTAMA

Assalamualaikum wbt, Semua Penyelaras Data j-Qaf dikehendaki menghadiri taklimat data 6 Bulan Pertama mengikut ketetapan dibawah;
Tarikh : 27 Mei 2011 (Jumaat )
Masa : 3.00 - 4.00 petang ( melibatkan sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 sahaja)
            4.00 - 5.00 petang ( melibatkan sekolah pelaksanaan j-QAF 2006 hingga 2011)
             *SK Pos Raya dan SK Coronation Park juga terlibat.
            ( Diharap tuan-tuan menepati masa yg telah ditetapkan )
Tempat : Pusat Kegiatan Guru ( PKG Manjoi )                                                                                                Sekian terima kasih untuk makluman dan tindakan tuan-tuan.                                                                                

Wednesday, May 18, 2011

TAJUK-TAJUK HIWAR DAN SOBAH UNTUK IHTIFAL IPA 2011

Tajuk-tajuk Hiwar dan Sobah serta maklumat tambahan boleh dimuat turun DI SINI

Sekian untuk tindakan dan makluman pihak sekolah.

DOWNLOAD E-LAPORAN V11



1. Elaporan 2011 Sila klik

# Jika ada terdapat ralat link, harap maklumkan dengan email ke msahrin76@yahoo.co.uk
# Sila rujuk blog di pertengahan bulan Jun untuk download e-laporan yang ditambahbaik jika ada.

Friday, May 6, 2011

DGPI Edisi Sekolah

Askm wrt. wbt. Sistem DGPI edisi sekolah boleh dimuat turun disini sekiranya tuan-tuan tidak mendaftar dengan portal Sektor Pendidikan Islam. MUAT TURUN

Sekiranya DGPI telah lengkap dan tidak dapat diemailkan. Sila hantar soft copy ke PPD dalam bentuk CD

Tuesday, April 5, 2011

LANTIKAN HAKIM MTQ SR & SM ( 9 APRIL 2011)

MAKLUMAN MTQ ZON DAN LANTIKAN HAKIM DAERAH KINTA UTARA
TAHUN 2011M / 1432H.

SENARAI HAKIM MTQ SR ZON A ( SK CHEPOR)
TARIKH : 9 APRIL 2011(SABTU)




Tilawah Al-Quran :

Taranum [Mohd Amir b. Ismail] SMK Raja Chulan, Ipoh
Tajwid [Mohd Zaki b. Nasir] SMK Seri Ampang, Ipoh
Suara [Norazlizawati bt. Bakar] SK Bandar Baru Putera
Fasohah [Ahmad Izwin b. Ismail] SMK Jalan Tasek, Ipoh

Taranum [Mansor b. Omar] SMK Kg. Pasir Puteh, Ipoh
Tajwid [Hj. Zakaria b. Omar] SMK Simpang Pulai, Kg. Kepayang
Suara [Rosnah bt. Khamis] SK Rapat Setia, Ipoh
Fasohah [Ahmad Jafri b. Bahar] SK Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta

Bercerita Kisah Dari Al-Quran :

Isi - [Hjh. Rodziah bt. Ramli] SMK Seri Ampang, Ipoh
Bahasa : [Yusbaijuri b. Md Adam] SK Kg.Pasir Puteh, Ipoh
Penyampaian [Damanhuri b. Adnan] SMK Bandar Baru Putera,

Isi [Hj. Mohd Nazri b Mohd Padzil] SMK Lahat,Lahat
Bahasa [Ahmad Amran b Mohd Rodi] SMK Anderson, Ipoh
Penyampaian [Kamilah bt Hasannuddin] SMK Raja Chulan,

Hafazan :


Fatih/Munabih[Mohd Hamami b. Sardi]SK St. Michael 1
Hafaz dan Lancar[Asmariah bt. Harun] SMK Raja Permaisuri Bainun
Tajwid dan Fasohah [Rosidah bt. Omar] SMK Wira Jaya, Ipoh
Suara dan Gaya [Mustafa Kamal b.Taha]SMK Dato' Hj. Mohd Taib

Tulisan Jawi :

Ketua [Mohd Fadzli b. Ahmad] SM Teknik, P. Brash
Tulisan [Abdul Razak b. Saat] SK Pusing, Pusing
Kebersihan[Ahmad Khalil b. Shahibi] SJK (C) Kg. Tawas
Ejaan [Nafizah bt.Hassan] SK Raja Chulan, Ipoh

Nasyid :

Lagu [Rosnah bt. Zaini] SK Jalan Pegoh, Ipoh
Suara [Norbaini bt. Yazid] SK Tambun, Ipoh
Lirik [Rahim b. Mohd Yunos] SMK Kg. Pasir Puteh, Ipoh
Persembahan [Saleha bt Omar] SK Wira Jaya, Ipoh

Urusetia Hakim :

Ketua [Mohd Dzulkifle b. Musanif] SK Tasek Dermawan, Ipoh
Penolong Ketua [Mohd Farhan b. Abu Amin] SK Seri Ampang,



SENARAI HAKIM MTQ SR ZON D (SK KG. PASIR PUTEH )

TARIKH : 9 APRIL 2011(SABTU)

Tilawah Al-Quran :


Taranum [Samsol Kamal b. Yahya] SK Pakatan Jaya, Ulu Kinta
Tajwid [Hj. Husaini b. Abdul Rahman] SMK Simpang Pulai
Suara [Najdi b. Ismail] SMK Pusing, Pusing
Fasohah [Khairuddin b. Nawawi] SK Dato' Panglima Kinta

Taranum [Mohd Khair b. Ansar] SMK Ulu Kinta, Ulu Kinta
Tajwid [Mohd Zaki b. Che Deraman] SK Pakatan Jaya, Ulu Kinta
Suara [Nik Mohamad Supian Nik Awang]SMK Ulu Kinta, Ulu Kinta
Fasohah [Siti Hajar bt. Yaakob] SK Methodist, Tg. Rambutan

Bercerita Kisah dari Al-Quran :

Isi [Fasahah bt Abu Mansur] SK Pasukan Polis Hutan
Bahasa [Zuraidah bt Abdul Hadi] SK Manjoi 2, Ipoh
Penyampaian[Faizah bt Abdul Rahman] SK Tasek Damai,

Isi [Zamree b. Mat Ali] SK St. Michael 2, Ipoh
Bahasa [Fazilah Haini bt. Ab. Ghani] SK Tasek Dermawan, Ipoh
Penyampaian [Zaharah bt Amran] SK Pasukan Polis Hutan

Hafazan :

Fatih/Munabih [Khairuddin b. Awang Mat] SK Hj. Mahmud,Chemor
Hafaz dan Lancar [Che Rosnani bt. Ismail] SK Sri Kinta, Ipoh
Tajwid dan Fasohah[Abdul Halim b. Abdul Samad]SMK Simpang Pulai
Suara dan Gaya [Abdullah b. Manaf] SK Sri Kinta, Ipoh

Tulisan Jawi :

Ketua [Mohd Hamdan b. Mohd Jamil] SK Tambun, Ipoh
Tulisan [Kamilah bt. Abu Bakar] SMK St. Michael, Ipoh
Kebersihan [Suhaili b. Shaari] SK Pengkalan Pegoh, Lahat
Ejaan [Mohd Rashidi b. Mohd Tahir] SK Syed Idrus, Chemor

Nasyid :

Lagu [Mohd Rofi b. Mohd Aseh] SK Tambun, Ipoh
Suara [Ahmad Shahir b. Mohd Adnan] SK Rapat Jaya, Ipoh
Persembahan [Nor Rashidah bt. Hashim]SMK Raja Perempuan
Lirik [Aslinda bt. Shaari] SK Seri Ampang, Ipoh

Urusetia Hakim :


Ketua [Mohd Soffy b. Abdul Rahman] SK Dato' Ahmad Said, Ipoh
Penolong [Rahmat Zaidi b. Mat Isa] SMK Gunung Rapat, Ipoh


SENARAI HAKIM MTQ DAN FESTIVAL NASYID SM ZON B SMK RAPAT SETIA
TARIKH : 9 APRIL 2011 (SABTU)

Tilawah Al-Quran :

Taranum [Asmah Rahayu bt. Wazali] SK Seri Kelebang, Chemor
Tajwid [Hj. Mohd Sofi b. Jaafar] SMK Dato' Hj. Mohd Taib,
Suara [Hafizi b. Shahari @ Abdullah] SK Sungai Rapat, Ipoh
Fasohah [Mohd Subki b. Tajuddin] SMK Aminuddin Baki, Chemor

Taranum [Mohd Najib b. Azizan]SK Sungai Raya, Kg. Kepayang
Tajwid [Mohd Azmi b. Ghazali] SMK Menglembu
Suara [Nurul Husna bt. Azizi] SK Cator Avenue, Ipoh
Fasohah [Zulkifli b. Husain] SMK Tasek Damai, Ipoh

Hafazan :

Fatih/Munabih [Zulkifle b. Mohamad] SK Seri Ampang, Ipoh
Hafaz dan Lancar [Raja Aini bt. Raja Omar]SMK Tarsician Convent
Tajwid dan Fasohah [Ahmad Ridzauddin b. Abdullah] SK Sungai Rapat
Suara dan Gaya [Nur Hashimah bt. Abdullah] SK Tambun, Ipoh

Fatih/Munabih [Ridhwan b. Megat] SK Tasek, Ipoh
Hafaz dan Lancar [Mohd Khairul b. Abdul Rahman] SK Tasek Damai,Ipoh
Tajwid dan Fasahah[Amran b. Ibrahim]SK Methodist
Suara dan Gaya [Hafizi b. Mohamad] SK Seri Mutiara, Ipoh

Syarahan :


Isi [Hjh. Roshaini bt Mat Kasa] SMK Dr. Megat Khas, Ipoh
Bahasa [Ahmad Tanusi b. Shaaban] Sek. Tuanku Abdul Rahman
Penyampaian [Khairunnaim b. Abdul Samat] SM Vokasional, Ipoh

Isi[Mohd Zaaim b. Abd.Samad] SMK Dato' Ahmad Said
Bahasa [Nurul Mastura Bt Mohd Din] SK Silibin, Ipoh
Penyampaian[Fairuz Hafizh b Othman] SK Rapat Jaya

Khat :

Tulisan [Azman b. Mat Zain] SK Sungai Rokam, Ipoh
Persembahan [Sham Sunain b. Abd Majid] SK Manjoi 1, Ipoh
Kebersihan [Roslan b. Mohd Yusoff] SK Methodist, Tg. Rambutan

Nasyid :

Lagu [Shairiman b. Badzri] SK Sungai Rapat
Suara [Mohd Azmir b. Haruddin] SK Sungai Rapat, Ipoh
Persembahan [Adibatun Nailah bt. Mohd Shith]SK Tarsician Convent
Lirik [Mohd Masnawi b. Sariman] SK Seri Kelebang, Chemor

Lagu [Badrul Hasni b. Abdullah Sani] SK Rapat Jaya, Ipoh
Suara [Nor Dashriman b. Noor Kaman] SK Jati
Lirik [Ahmad Afendi b. Alias] SK Seri Kepayang, Ipoh
Persembahan [Hjh. Norihani bt. Abdullah] SK Jati, Ipoh

Urusetia Hakim :

Ketua [Mohd Nazrun b. Md Nayan] SK Tasek, Ipoh
Penolong Ketua [Ahmad Faisal b. Mohd Adnan] SK Wira Jaya, Ipoh

1. Semua surat perlantikan hakim pada 9 dan 16 April
telah dimasukkan kedalam Pigeon Hole di PPD Kinta Utara hari ini
(5/4/2011 - Selasa), sila minta (pembantu am pejabat ) sekolah
mengambil surat tersebut.
2. Semua hakim yang dilantik sila hadir tepat pada waktu yang
ditetapkan (sebelum jam 8.00 pagi)untuk mengelakkan berlaku
kelewatan pertandingan dimulakan.
3. Pakaian - baju Melayu bagi lelaki dan pakaian bekerja
bagi perempuan.
4. Hakim tidak digalakkan untuk menguzurkan diri atau menarik diri
kerana akan menimbulkan kesulitan penggantian hakim (91 orang
hakim dan  urusetia hakim bertugas pada 9 April).
5. Pihak UPIPPDKU memohon maaf diatas kelewatan makluman ini
kerana ada masalah pertukaran dan  teknikal.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn. Hj. Wan Ahmad Salahuddin
b. Wan Ahmad Rafaii, Pn. Hjh. Wan Maziyah atau Ustaz Mohd Faisal
ditalian 05-2547472 .

Kerjasama dan perhatian tuan dan puan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Wednesday, March 30, 2011

PERTANDINGAN TULISAN JAWI SR DAN KHAT SM TAHUN 2011

PERTANDINGAN TULISAN KHAT SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2011.


1- Penyertaan :

• Terbuka kepada murid Islam (kelas peralihan hingga tingkatan 5 sahaja).

• Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan sahaja.

2- Potongan ayat khat :

• Akan disediakan oleh urusetia pertandingan.

• Menggunakan salah satu jenis khat iaitu nasakh, thuluth dan diwani.

• Peserta yang menulis selain dari jenis khat di atas terkeluar dari pertandingan dan tidak diadili.

3. Peralatan :

• Sebarang alat tulis khat dan dakwat dibawa oleh peserta.

• Kertas akan disediakan oleh urusetia pertandingan.

• Sekeping kertas sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta. Sebarang kerosakan atau kekotoran pada kertas ditanggung oleh peserta sendiri.

• Peserta tidak dibenarkan meminjam dari peserta lain sebarang peralatan semasa pertandingan.

4. Persembahan :

• Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah hasil khat sahaja.

• Persembahan adalah hasil rekaan peserta sendiri.

• Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain.

• Peserta hanya dibenarkan menggunakan dakwat warna hitam sahaja untuk tulisan. Warna tambahan tidak dibenarkan kecuali awan larat yang sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat.

5. Pakaian :

• Lelaki (memakai pakaian kebangsaan yan g lengkap bersamping dan bersongkok hitam)

• Perempuan ( Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan bersopan).

• Hiasan dan persolekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

6. Masa :

• Setiap peserta diberi masa 1 jam 30 minit untuk menulis khat.

• Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa melebihi yang telah ditetapkan.

7. Pemarkahan :

Dibahagikan kepada 3 bahagian :

• Tulisan : 50 markah

• Persembahan : 30 markah

• Kebersihan : 20 markah

JUMLAH 100 markah

8. Penentuan Keputusan :

• Peserta mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.

• Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.

• Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan dirujuk kepada :

Pertama : Tulisan

Kedua : Persembahan

Ketiga : Kebersihan

• Sekiranya masih sama. Jemah hakim akan bersidang dan membuat keputusan berdasarkan juri hakim.

• Keputusan hakim adalah muktamad.

9. Penghakiman dan Pemarkahan:

9.1 Penghakiman Tulisan :

9.1.1 Aspek Penghakiman :

• Tulisan menggunakan khat Nasakh, Thuluth dan Diwani

• Besar huruf (fonts) yang sesuai mengikut potongan ayat

• Tidak bercampur dengan khat yang lain

• Tidak ada kesalahan ejaan

9.1.2 Kesalahan :

• Bukan khat Nasakh, Thuluth dan Diwani

• Campuran dengan khat yang lain.

• Tidak mengikut teks

• Salah ejaan / tertinggal perkataan

9.1.3 Pemarkahan Bonus :

• Dua markah bonus disediakan bagi tulisan yang menepati khat yang betul dan amat menarik.

9.1.4 Huraian Pemarkahan tulisan :

• Susunan tulisan khat : 48 markah

• Bonus : 2 markah

9.2 Pemarkahan Kebersihan :

9.2.1 Bahagian ini dinilai mengikut perkara-perkara berikut :

• Tulisan jelas dan mudah dibaca

• Tiada kesan tulisan yang dipadam

• Kebersihan kertas

9.2.2 Kesalahan:

• Khat tidak boleh dibaca

• Kertas kotor

9.2.3 Pemarkahan Bonus

• 2 markah bonus disediakan bagi kebersihan kertas yang menarik

9.2.4 Huraian pemarkahan kebersihan :

• Mutu kebersihan : 18 markah

• Bonus : 2 markah

9.3 Penghakiman Persembahan :

9.3.1 Pemarkahan dinilai dari segi :

• Menggunakan kertas secara maksima

• Awan larat yang sesuai dengan mesej ayat

• Tiada lambang yang sensetif menyentuh mana-mana pihak

• Awan larat yang mesra alam atau moden/digital

• Tulisan yang kemas dalam susunan

• Awan larat tidak menenggelamkan khat

9.3.2 Kesalahan :

• Tidak menggunakan kertas secara maksima

• Bentuk khat yang tidak sesuai atau negatif

• Awan larat yang sensetif / fasik / kufur akhlak

9.3.3 Pemarkahan Bonus :

• Bonus 2 markah bagi kreativiti yang menarik dan awan larat yang cantik lagi menarik

9.3.4 Huraian Pemarkahan :

• Persembahan / kreativiti : 28 markah

• Bonus (Awan larat yang sangat menarik) : 2 markah

SEMUA PERATURAN DI ATAS ADALAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, NEGERI PERAK.


Ketua hakim yang boleh di rujuk : Ustaz Sham Sunain b. Abd. Majid -SK Manjoi 1, Ipoh : 019-4638694


PERTANDINGAN TULISAN JAWI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011.


1- Penyertaan :

• Terbuka kepada semua murid sekolah kebangsaan (tahun 1 hingga 6), Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan sahaja.

2- Potongan ayat khat :

• Akan disediakan oleh urusetia pertandingan.

• Menggunakan khat Nasakh sahaja.

• Peserta yang menulis selain dari jenis khat Nasakh terkeluar dari pertandingan dan tidak diadili.

3. Peralatan :

• Sebarang alat tulis jawi dan dakwat dibawa oleh peserta.

• Kertas akan disediakan oleh urusetia pertandingan.

• Sekeping kertas sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta. Sebarang kerosakan atau kekotoran pada kertas ditanggung oleh peserta sendiri.

• Peserta tidak dibenarkan meminjam dari peserta lain sebarang peralatan semasa pertandingan.

4. Persembahan :

• Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah hasil tulisan jawi sahaja.

• Persembahan adalah hasil rekaan peserta sendiri.

• Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain.

• Persembahan tulisan jawi tidak dibenar menggunakan pewarna tambahan kecuali awan larat yang sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat.

5. Pakaian :

• Lelaki (memakai pakaian kebangsaan yan g lengkap bersamping dan bersongkok hitam)

• Perempuan ( Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan bersopan).

• Hiasan dan persolekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

6. Masa :

• Setiap peserta diberi masa 1 jam untuk menulis jawi

• Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang telah ditetapkan.

7. Pemarkahan :

Dibahagikan kepada 3 bahagian :

• Tulisan : 50 markah

• Persembahan : 30 markah

• Kebersihan :20 markah

JUMLAH 100 markah

8. Penentuan Keputusan :

• Peserta mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.

• Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.

• Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan dirujuk kepada :

Pertama : Ejaan

Kedua : Tulisan

Ketiga : Kebersihan

• Sekiranya masih sama. Jemah hakim akan bersidang dan membuat keputusan berdasarkan juri hakim.

• Keputusan hakim adalah muktamad.

9. Penghakiman dan Pemarkahan:

9.1 Penghakiman Ejaan :

9.1.1 Aspek Penghakiman :

• 50 perkataan dinilai untuk diberikan markah

• Betul semua perkataan yang ditulis.

• Menulis mengikut teks yang telah ditentukan.

• Ejaan mengikut ejaan jawi yang dimurnikan keluaran DBP

9.1.2 Kesalahan :

• Salah perkataan dipotong satu markah

• Salah teks tidak diadili penyertaan.

• Didapati meniru tidak akan diadili penyertaannya.

• Tertinggal perkataan

9.1.3 Huraian Pemarkahan :

• Ejaan yang betul : 50 markah

9.2 Penghakiman Kebersihan :

9.2.1 Bahagian ini dinilai mengikut perkara-perkara berikut :

• Tulisan jelas dan mudah dibaca

• Tiada kesan tulisan yang dipadam menjadi comot

• Awan larat yang tidak menenggelamkann tulisan jawi

• Tulisan yang kemas dalam susunan

• Awan larat yang mesra alam atau moden

• Menggunakan warna yang ada pada bendera jalur gemilang

9.2.2 Kesalahan:

• Tulisan jawi tidak boleh dibaca

• Awan larat merosakkan tulisan jawi

• Tiada lambing yang sensetif menyentuh mana-mana pihak

9.2.3 Pemarkahan Bonus

• 3 markah bonus disediakan bagi kebersihan kertas yang kemas dan menarik

9.2.4 Huraian pemarkahan kebersihan :

• Mutu kebersihan : 17 markah

• Bonus : 3 markah

9.3 Penghakiman Tulisan :

9.3.1 Pemarkahan dinilai dari segi :

• Tulisan menggunakan khat Nasakh

• Besar huruf (fonts) yang sesuai mengikut potongan ayat

• Tidak bercampur dengan khat yang lain.

• Tulisan mengikut teks.

9.3.2 Kesalahan :

• Bukan khat Nasakh

• Campuran dengan khat yang lain

• Tertinggal perkataan

9.3.3 Pemarkahan Bonus :

• Bonus 3 markah disediakan bagi tulisan yang menepati khat Nasakh yan g betul dan amat menarik.

9.3.4 Huraian Pemarkahan :

• Susunan tulisan khat : 27 markah

• Bonus : 3 markah

SEMUA PERATURAN DI ATAS ADALAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, NEGERI PERAK.

Ketua hakim yang boleh di rujuk : Ustazah Aslinda bt. Shaari -SK Seri Ampang, Ipoh : 016-5951754

Thursday, March 24, 2011

Format Pembentangan Berfokus 2011

Format Pembentangan Berfokus 2011 untuk sekolah kebangsaan pelaksanaan j-QAF 2006 boleh dimuat turun di sini.MUAT TURUN

Sekian untuk tindakan pihak sekolah.

Tuesday, March 1, 2011

BAHAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2011(TAMBAHAN)


1.Cadangan Isi Bercerita 2011 
Bahan-bahan lain boleh muat turun di http://spiperak.bpi.edu.my

Thursday, February 3, 2011

PERATURAN NASYID KEBANGSAAN 2011

Klik gambar di atas

PERATURAN NASYID KEBANGSAAN 2011
TEMA : "Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji "

MAKLUMAT PENGURUSAN PANITIA 2011(Januari)

Klik gambar di atas

1.Bahan Maklumat Panitia Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 2011.
2. Sila pilih fail yang diperlukan sahaja.

Thursday, January 13, 2011

INSTRUMEN PEMANTAUAN SEKOLAH MENENGAH 2011

1.Instrumen Pemantauan SM .MUAT TURUN
2.Instrumen Pemantauan Dakwah SM   MUAT TURUN

Sekian untuk Tindakan dan makluman

BAHAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2011


Klik Gambar di atas untuk Muat Turun

Tema "Al-Quran Teras Kesejahteraan Umat Gemilang"

Sebarang masalah sila hubungi Unit Pendidikan Islam PPD Kinta Utara. 

Sekian, untuk tindakan dan makluman

Monday, January 10, 2011

INSTRUMEN PEMANTAUAN SEKOLAH RENDAH 2011

1.Instrumen Pemantauan Sekolah Rendah Program j-QAF boleh dimuat turun sekiranya ada masalah dengan portal Sektor Pendidikan Islam MUAT TURUN.


Sekian untuk tindakan pihak sekolah.

Tahun 2011,semua guru pendidikan islam diwajibkan menjadi ahli pekdis.