MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM....

BLOG UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KINTA UTARA TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BERIKUT:

http://www.upikintautara.com

Error: Embedded data could not be displayed.

Monday, March 8, 2010

PEMANTAUAN J-QAF 2010

Sekolah-sekolah yang belum mempunyai dokumen berkaitan pemantauan boleh dimuat turun di sini.

1.Instrumen Pemantauan Berfokus j-Qaf 2010.MUAT TURUN
2.Borang Aktiviti Kecemerlangan j-Qaf 2010 MUAT TURUN
3.Borang Laporan Pelaksanaan KBS 2009 MUAT TURUN

Sekolah yang belum lengkap harap ambil tindakan segera.Sebarang masalah hubungi Pegawai Khas Pendidikan Islam.Tarikh akhir adalah 17 Februari 2010.Sekolah-sekolah yang telah menghantar bahan-bahan di atas sila abaikan.

Sekian terima kasih.

Tuesday, March 2, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

RASULULLAH S.A.W DIKASIHI SUNNAH DIIKUTI


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah mengizinkan kita bertemu sekali lagi melalui ruangan “TAZKIRAH” ini. Semuga semuanya berada dalam pemeliharaan Allah Ta'ala dan dirahmati-Nya.

Rasanya masih belum terlambat untuk kita membicarakan berkaitan dengan Maulidur Rasul. Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Setiap tahun pada tarikh ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah, forum dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Antara perkara yang patut kita renungi dan ikuti diantaranya seperti :

- Sentiasa mengenang segala, jasa, pengorbanan dan perjuangan baginda bagi
menunjukkan rasa kasih kepada baginda.

- Perbanyakkan selawat kepada baginda s.a.w

- Contohi akhlak dan sifat-sifat mulia Rasulullah s.a.w dan mpraktikkannya
dalam kehidupan seharian.

- Pergaulan yang baik dengan seluruh masyarakat hendaklah diamalkan untuk
kecemerlangan umat dan agama Islam.

Kelahiran Rasulullah s.a.w adalah pembawa rahmat ke seluruh alam. Umat Islam sewajarnya mengambil pengajaran dan contoh teladan sepanjang riwayat hidup baginda. Baginda patut dicontohi oleh umat Islam dalam semua aspek kehidupan manusia. Rasulullah s.a.w boleh dicontohi sebagai seorang pemimpin, guru, sahabat, suami, bapa dan sebagai seorang individu muslim yang sempurna.

Memandangkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan baginda , maka sewajarnya kita menyayangi baginda dengan sepenuh hati. Menyayangi Rasulullah s.a.w bukan sahaja memadai dengan pengakuan dalam hati tetapi hendaklah melalui selawat kepada baginda. Disamping itu kita hendaklah meneladani akhlak-akhlak baginda yang terpuji dan mulia dalam kehidupan seharian.

Mereka yang mengasihi Rasulullah s.a.w mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya termasuklah :

1. mendapat syafaat daripada baginda pada hari akhirat yang mana syafaat
ini hanya dianugerahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk umatnya
sahaja;

2. hidup akan diberkati oleh Allah Ta’ala;

3. seseorang itu akan dikasihi dan disayangi oleh Allah Ta’ala;

4. mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala kerana mengamalkan hadis-hadis
baginda

Benarkah kita mengasihi Rasulullah s.a.w? Dalam konteks hidup bermasyarakat sudahkah kita :

1. mengamalkan ucapan salam apabila bertemu

2. menasihati dengan jujur apabila diminta

3. mengambil berat menziarahi saudara kita yang sakit

4. telah mengasihi dan menyayangi kedua ibu bapa kita

5. bersaudara dengan berkasih sayang kerana Allah Ta'ala

6. berbaik sangka sesama muslim

7. menjadi seorang muslim yang menyembunyikan sumbangannya sehingga tidak
diketahui orang

8. membuat sesuatu untuk mencari keredhaan Allah bukannya keredhaan
manusia, dan banyak lagi kalau nak diperkatakan diruang yang agak
terhad ini.

Akhir kalam, marilah kita sanjungi Rasulullah s.a.w dengan ikhlas dan benar. Marilah kita renungi jerih payah perjuangan baginda dalam menyampaikan risalah, setiap pagi, petang, siang dan malam. Tidak ada cara yang lebih bererti dari mengamalkan setiap amanat dan sunnahnya selama hayat dikandong badan. Semuga Allah Ta'ala melimpahi kita sekelian dengan rahmat-Nya. Sebelum mengundurkan diri, saya berharap semua warga pendidik dapatlah memberi sokongan dan kerjasama agar program Maulidur Rasul dapat dijayakan di sekolah-sekolah, seterusnya berjaya menampakkan hasil kejayaan dalam memartabatkan agama Islam di muka bumi Allah Ta'ala yang tercinta ini. Jumpa lagi

hj.wan

Wednesday, February 24, 2010

J-QAF ONLINE ( TERKINI PADA 23 FEBRUARI 2010 )

Guru-guru yang dihormati,
Pihak Jabatan amat memerlukan kerjasama tuan/puan bagi mengemaskini beberapa maklumat secara ONLINE. Anda perlu MENDAFTAR sebagai ahli untuk melihat pautan berkenaan.( www.spiperak.bpi.edu.my.)
  1. Pemantauan 2010
  2. Laporan Aktiviti j-QAF 2009 (Laporan kewangan KBS & Lain-lain aktiviti kecemerlangan)
  3. Rancangan Aktiviti Kecemerlangan j-QAF 2010 (Dalam pautan Pemantuan 2010)
Sila rujuk ruang "Aplikasi Dalam Talian" (DI SEBELAH KANAN) .
Terima kasih atas kesediaan anda menyumbang ke arah kecemerlangan j-QAF

"j-QAF DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Monday, February 22, 2010

INSTRUMEN DAKWAH & PANITIA PEND.ISLAM SEKOLAH MENENGAH

Bahan Instrumen Dakwah & Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah boleh di muat turun di sini.Bahan ini juga boleh juga dimuat turun di http://www.spiperak.bpi.edu.my

Tuesday, February 16, 2010

MUAT TURUN BAHAN TERBARU J-QAF

1.PKSR Bahasa Arab Tahun 3 & 6 di sini.
2.Surat Siaran Pelaksanaan j-Qaf Bil 5 2010 di sini
3.Surat Siaran Pelaksanaan j-Qaf Bil 6 2010 di sini
4.Kertas Kerja Kem Khatam Al-Quran di sini
5.Lembaran Inovasi Iqra' ( murid yg berjaya boleh terus ke Iqra 4 ) di sini

Thursday, January 28, 2010

Kekurangan Guru j-Qaf,Cabaran dan Penyelesaiannya....

Assalamualaikum wrt wbt.

1. Keperluan guru 2010
Makluman untuk semua, bagi tahun 2010 dimaklumkan pengambilan guru j-QAF akan dibuat pada bulan Jun akan datang tidak pada Januari seperti tahun sebelumnya. Beberapa buah sekolah mengalami kekurangan guru yang agak kritikal.

Cadangan bagi mengatasi masalah.

Bagi sekolah yang menghadapi masalah ini dicadangkan seperti berikut :
Jadual waktu Tahap 2, P&P secara kolaboratif (pairing) tidak berlaku bagi bahagian ulum syariah dan Jawi. Bermakna hanya seorang GPI sahaja terlibat. Sekiranya masih tidak dapat mengatasi masalah bebanan waktu mengajar cara tersebut boleh diaplikasikan pada tahap 1.
Saya dimaklumkan terdapat sekolah (j-QAF sampai Tahap 2/ Tahun 6) yang kekurangan guru j-QAF opsyen Bahasa Arab. Guru j-QAF opsyen PI diharapkan dapat membantu mengajar matapelajaran BA kerana opsyen keduanya adalah Bahasa Arab. Untuk makluman guru opsyen Bahasa Arab juga perlu terlibat dengan program j-QAF lain seperti al-Quran, Tasmik, Bestari Solat dan lain-lain.
Saya harap semua guru dapat bekerjasama sewajarnya bagi menjayakan objektif program ini.


2. Pemantauan pelaksanaan j-QAF awal tahun 2010
Diharapkan semua sekolah pelaksanaan j-QAF dapat mengemaskini semua rekod dan sistem fail sama ada Panitia Pendidikan Islam atau perkara yang berkaitan dengan j-QAF. Fokus pemantauan pada kali ini ialah sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 dan 2009. Harap dapat bersedia awal seperti jadual waktu tasmik, perancangan/takwim kem Bestari Solat, KLaQ dan semua rekod.

3. Program kecemerlangan/ aktiviti 2010
Sebagai tindakan awal untuk kecemerlangan j-QAF, Kem Literasi al-Quran (KLaQ) perlu di rancang dan dilaksanakan antara Januari dan Februari ini bagi murid-murid yang masih Iqrak 1-3 khususnya tahap 2. Bagi murid tahun 6 juga perlu ada perancangan untuk memastikan murid akan khatam sebelum Jun 2010.

Diharapkan semoga slogan "j-QAF Tanpa Gagal" menjadi kenyataan dan ia menjadi azam kita bersama.

Ilal Liqa' Wassalam
..dipetik dari Pegawai Khas Pend.Islam Manjung

KERTAS MAKLUMAN MTQSS TAHUN 2010

Bahan-bahan MTQSS tahun 2010 dan Isi Bercerita Kisah Al-Quran boleh dimuat turun di sini.

Monday, January 25, 2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH 2010 & SURAT PEKELILING IKHTISAS

Instrumen Pemantauan Pendidikan Islam Sekolah Rendah 2010 dan Pekeliling Ikhtisas.Muat turun Di sini

Tahun 2011,semua guru pendidikan islam diwajibkan menjadi ahli pekdis.