MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM....

BLOG UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KINTA UTARA TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BERIKUT:

http://www.upikintautara.com

Error: Embedded data could not be displayed.

Friday, September 18, 2009

Ramadhan Berlalu Syawal Menjelma

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya UPIPPDKU, akhirnya dapat mewujudkan satu blog Unit Pendidikan Islam. Hasrat diwujudkan blog ini supaya hubungan dan maklumat antara UPIPPDKU dengan sekolah dan GPI khususnya dapat disalurkan dengan cara yang lebih cepat disamping melalui portal PPDKU dan surat menyurat. Disamping itu juga GPI disekolah dapat didedahkan dengan maklumat semasa berkaitan pendidikan Islam ,aktiviti semasa, selepas dan akan datang. GPI juga boleh turut sama menyumbang rencana dan artikel untuk dimuatkan dalam blog ini.
          UPIPPDKU merakamkan Jazakallahu Khairan Kathira kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menyiapkan blog ini. Oleh kerana blog ini masih dalam pembinaan untuk memantapkannya, amatlah dialu-alukan sesiapa sahaja untuk memberi cadangan untuk penambahbaikan bahan dan maklumat dari masa ke semasa.
          Sekarang kita masih dibulan Ramadhan. Kedatangannya amat dirindui dan pemergiannya akan ditangisi. Antara sedar atau tidak kita sudah berada dipenghujung sepuluh malam terakhir sebelum menjelangnya syawal. Masih belum terlambat untuk kita mendapatkan malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu lailatul qadar @ malam qadar.
          Marilah kita gunakan kesempatan sepuluh malam yang terakhir ini untuk mempertingkatkan lagi amal ibadat. Singkaplah tabir disepuluh malam terakhir dan berlumba kita mencari keredhaan-Nya. Hidupkan malam dengan beribadah dan iktikaf, berdoa, bertasbih dan memohon keampunan. Semuga kita dipilih oleh Allah S.W.T untuk mendapatkan kelebihan ibadah tersebut.
Disini saya ingin berkongsi bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengingatkan kembali diantara adab-adab dan sunat hari raya, diantaranya;

Pertama, Kita hendaklah membersihkan diri sebelum keluar untuk solat sunat hari raya. Antara dalilnya : "Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum keluar" - Imam Malik

Kedua, Marilah kita memakai pakaian yang sebaik-baiknya, tidak semestinya
pakaian yang baru dan mahal.

Ketiga, Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat sunat hari raya.

Keempat, Bersama-samalah kita keluar solat sunat hari raya di masjid, surau dan seumpamanya.

Kelima, Perbanyakkan melaungkan takbir hari raya, bermula dari malam raya sampailah ke waktu kita hendak mendirikan solat sunat hari raya.

Keenam, Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat sunat hari raya.
"Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. " - Imam Bukhari

Ketujuh, Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin dan muslimat dan menziarahi antara satu sama lain.

          Begitulah indah dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari kegembiraanpun terdapat adab-adab dan garis panduan yang memimpin umatnya agar tidak terpesong dari tujuan sebenar sambutan diadakan iaitu sebagai melahirkan rasa kesyukuran terhadap Allah S.W.T. Itulah perbezaan agama Islam dengan agama-agama yang lain yang mengadakan sambutan hanya untuk bergembira dan bersuka ria. Jangan lupa membayar zakat fitrah sebelum hari raya ini, disamping menunaikan puasa sunat syawal (puasa enam) selepas raya nanti.

              Akhirnya, semuga kita dapat bersama-sama menghidupkan amalan sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri serta para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanafaat. Kepada semua sekolah yang telah dapat melaksanakan aktiviti "IHYA RAMADHAN" disepanjang bulan ramadhan yang mulia ini diucapkan terima kasih,tahniah dan syabas. Semuga usaha tuan-tuan dan puan itu akan dikira sebagai satu amal ibadah kita kepada-Nya. Terima juga kepada sekolah yang sudi menjemput kami di UPI dan Tn. Hj. Abdul Aziz b. Mat Jais bagi memeriah dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Kepada semua yang membaca blog ini diucapkan Selamat Hari raya Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Jumpa Lagi.

Hj. wan
Pen.PPD (P.Islam), PPDKU.

0 comments:

Post a Comment

Tahun 2011,semua guru pendidikan islam diwajibkan menjadi ahli pekdis.