MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM....

BLOG UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KINTA UTARA TELAH BERPINDAH KE ALAMAT BERIKUT:

http://www.upikintautara.com

Error: Embedded data could not be displayed.

Thursday, January 28, 2010

Kekurangan Guru j-Qaf,Cabaran dan Penyelesaiannya....

Assalamualaikum wrt wbt.

1. Keperluan guru 2010
Makluman untuk semua, bagi tahun 2010 dimaklumkan pengambilan guru j-QAF akan dibuat pada bulan Jun akan datang tidak pada Januari seperti tahun sebelumnya. Beberapa buah sekolah mengalami kekurangan guru yang agak kritikal.

Cadangan bagi mengatasi masalah.

Bagi sekolah yang menghadapi masalah ini dicadangkan seperti berikut :
Jadual waktu Tahap 2, P&P secara kolaboratif (pairing) tidak berlaku bagi bahagian ulum syariah dan Jawi. Bermakna hanya seorang GPI sahaja terlibat. Sekiranya masih tidak dapat mengatasi masalah bebanan waktu mengajar cara tersebut boleh diaplikasikan pada tahap 1.
Saya dimaklumkan terdapat sekolah (j-QAF sampai Tahap 2/ Tahun 6) yang kekurangan guru j-QAF opsyen Bahasa Arab. Guru j-QAF opsyen PI diharapkan dapat membantu mengajar matapelajaran BA kerana opsyen keduanya adalah Bahasa Arab. Untuk makluman guru opsyen Bahasa Arab juga perlu terlibat dengan program j-QAF lain seperti al-Quran, Tasmik, Bestari Solat dan lain-lain.
Saya harap semua guru dapat bekerjasama sewajarnya bagi menjayakan objektif program ini.


2. Pemantauan pelaksanaan j-QAF awal tahun 2010
Diharapkan semua sekolah pelaksanaan j-QAF dapat mengemaskini semua rekod dan sistem fail sama ada Panitia Pendidikan Islam atau perkara yang berkaitan dengan j-QAF. Fokus pemantauan pada kali ini ialah sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 dan 2009. Harap dapat bersedia awal seperti jadual waktu tasmik, perancangan/takwim kem Bestari Solat, KLaQ dan semua rekod.

3. Program kecemerlangan/ aktiviti 2010
Sebagai tindakan awal untuk kecemerlangan j-QAF, Kem Literasi al-Quran (KLaQ) perlu di rancang dan dilaksanakan antara Januari dan Februari ini bagi murid-murid yang masih Iqrak 1-3 khususnya tahap 2. Bagi murid tahun 6 juga perlu ada perancangan untuk memastikan murid akan khatam sebelum Jun 2010.

Diharapkan semoga slogan "j-QAF Tanpa Gagal" menjadi kenyataan dan ia menjadi azam kita bersama.

Ilal Liqa' Wassalam
..dipetik dari Pegawai Khas Pend.Islam Manjung

KERTAS MAKLUMAN MTQSS TAHUN 2010

Bahan-bahan MTQSS tahun 2010 dan Isi Bercerita Kisah Al-Quran boleh dimuat turun di sini.

Monday, January 25, 2010

INSTRUMEN PEMANTAUAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH 2010 & SURAT PEKELILING IKHTISAS

Instrumen Pemantauan Pendidikan Islam Sekolah Rendah 2010 dan Pekeliling Ikhtisas.Muat turun Di sini

MAKLUMAT TERKINI j-Qaf

1.Makluman Pertukaran Guru j-Qaf 2010 lihat pekeliling terbaru
2.Peruntukan Dakwah 2010 lihat pekeliling terbaru
3.Kebenaran Peruntukan Kem Bestari Solat 2009 di bawa ke tahun 2010

Wednesday, January 20, 2010

HEADCOUNT TOV TARGET TINGKATAN TIGA KAA 2010

Sila muat turun untuk headcount tov target TINGKATAN TIGA KAA 2010 dan emailkan kepada maziyah_wan@yahoo.com

muat turun disini HEADCOUNT TOV TARGET  TINGKATAN TIGA KAA 2010

Saturday, December 19, 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431



 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat bersua kembali. Marilah kita berdoa semuga semua warga PPDKU, warga sekolah rendah dan menengah berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T dan diberkati-Nya.
Setahun telah berlalu dan kini kita berada di tahun 1431 hijrah. Kedatangan awal muharram mengingatkan kita tentang sejarah hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah. Sambutlah dengan keazaman yang berkobar-kobar yang disulami dengan muhasabah dan semangat perjuangan untuk melaksanakan perubahan. Kepentingan hijrah bagi umat Islam adalah dipandang dari dua sudut.

Pertamanya dari sudut sejarah perkembangan Islam dan yang kedua dari sudut pengajaran yang tersirat disebalik peristiwa itu bagi kehidupan umat Islam sama ada kehidupan secara individu atau kehidupan bermasyarakat. Dari segi sejarah, hijrah adalah satu peristiwa yang amat penting dan amat besar ertinya bagi perkembangan agama Islam sehingga peristiwa itu dijadikan titik permulaan bagi perkiraan tahun Islam yang dinamakan tahun Hijrah.

Dari sini marilah kita mengambil beberapa pengajaran dari peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Kota Makkah ke Kota Madinah.

Pertama, memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh orang kafir yang ingin menghancurkan Islam dan pendokong dakwah iaitu Rasulullah S.A.W. Ini dapat dilihat bapa saudara baginda, Abu jahal mencadangkan Rasulullah S.A.W ditangkap dan dibunuh.

Kedua, perancangan kerja yang teliti Rasulullah S.A.W disamping bertawakkal kepada Allah S.W.T. Contohnya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah menyediakan dua ekor unta dan menyuruh anaknya, Abdullah menjadi pengintip dan melaporkan kepadanya dimalam hari.

Ketiga, semangat sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam. Kepentingan Islam hendaklah mengatasi lain-lain kepentingan. Kita lihat pengorbanan kaum Ansar dan Muhajirin dan Rasulullah S.A.W sendiri yang amat berat untuk meninggalkan Kota Makkah tetapi tetap diteruskan demi agama Islam.

Keempat, kasih sayang yang mendalam umat Islam terhadap Rasulullah S.A.W. Dua contoh menunjukkan sifat ini iaitu, peristiwa Saidina Ali, sepupu baginda sendiri walaupun masih kanak-kanak tetapi sanggup mengambil alih tempat tidur Rasulullah S.A.W walaupun risikonya amat tinggi. Begitu juga penduduk Madinah yang begitu gembira menyambut kedatangan Rasulullah S.A.W ke Madinah.

Kelima, pertolongan Allah S.W.T akan datang pelbagai bentuk. Dua peristiwa boleh diambil iktibar iaitu Allah Ta’ala mengutus labah-labah untuk membuat sarang dipermukaan gua melindungi Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Peristiwa kedua, Suraqah bin Malik yang mengejar dan berniat membunuh Rasulullah S.A.W untuk mendapat ganjaran lumayan tetapi kudanya jatuh tersungkur.

Daripada lima pengajaran itu, maka kedatangan hijrah janganlah kita hanya ghairah mengadakan peringatan demi peringatan tetapi kering tanpa penghayatan. Islam menghendaki perubahan ke atas diri umatnya ke arah lebih baik. Marilah kita sambut kehadiran tahun baru hijrah ini dengan rasa syukur dan gembira. Bukalah lembaran baru dan jadikanlah semalam sebagai pengalaman yang boleh mengajar kita lebih baik pada hari ini. Banyak yang boleh kita buat hari ini hasil iktibar peristiwa hijrah tersebut. Diantaranya :

i- Keikhlasan dalam melaksanakan tugas kita. Mencari keredhaan Allah S.W.T hendaklah diutamakan dari mencari keredhoan manusia.

ii- Melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W, banyakkan qiamullail, solat sunat, puasa sunat, membaca dan memahami Al-Quran, berzikir dan berselawat ke atas baginda.

iii- Membuat sesuatu tugasan, tanggungjawab, amanah dengan perancangan yang sistematik dan bersungguh-sungguh.

Akhir kalam, marilah kita lihat sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Barangsiapa yang amal perbuatannya hari ini lebih baik dari semalam atau kelmarin, maka ia tergolong orang beruntung. Dan barangsiapa hari ini amalnya sama dengan semalam, maka ia termasuk golongan orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalnya hari ini lebih buruk dari semalam, maka ia tergolong orang yang mendapat laknat dari Allah S.W.T. Wallahu a’lam.

"Selamat tahun baru Hijrah 1431". Sampai jumpa lagi dilain masa.

Thursday, October 22, 2009

VIDEO P&P:TA'ALLUM TA'AWUNI (ARAB)




Ta'allum Ta'awuni 2

Wednesday, October 7, 2009

Laporan Kem Literasi Al-Quran ke PPD

Sila muat turun dan hantar mengikut format yang ditetapkan.klik di sini. Laporan Kem Literasi Al-Quran ke PPD.

Tahun 2011,semua guru pendidikan islam diwajibkan menjadi ahli pekdis.